awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengukuhan ringgit legakan pelajar luar negara, dana pendidikan dimanfaat secara optimum
IPP pembuatan Malaysia capai paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan pada Januari - S&P Global
[KOLUMNIS] Realiti 'internship' generasi digital: Kebolehpasaran graduan dalam era IR4.0
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
06/03/2025
03:15 MYT
Kematian pegawai perbendaharaan: Kes diklasifikasikan semula jika ada keterangan perlakuan jenayah - Polis
Rusdi berkata sekiranya ada keterangan yang menunjukkan terdapat perlakuan jenayah, kes akan diklasifikasikan semula. - Foto fail/Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Proses bedah siasat ke atas mayat kakitangan Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan yang ditemui maut di lantai pejabat kementerian itu di Putrajaya, masih belum selesai, pada pagi Khamis.
Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, kes itu setakat ini masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
"Sekiranya ada keterangan yang menunjukkan terdapat perlakuan jenayah, kes akan diklasifikasikan semula," katanya dalam kenyataan ringkas kepada media, pada Khamis.
Pada Rabu, Kementerian Kewangan melaporkan kakitangan Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia ditemui maut di lantai pejabat kompleks kementerian itu di Putrajaya.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, polis mengesahkan menerima laporan berkaitan seorang lelaki dalam keadaan terbaring tidak sedarkan diri di dalam Pejabat Perbendaharaan, Kementerian Kewangan di Putrajaya melalui panggilan MERS 999 daripada orang awam jam 10.56 pagi.
Menurutnya, bertindak atas maklumat itu, sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya ke tempat kejadian dan hasil pemeriksaan awal mendapati mangsa terbaring di lantai dengan leher dan kaki terjerut menggunakan pengikat kabel.
Topic Berkaitan
#bedah siasat
#kakitangan
#Pejabat Perbendaharaan
#Rusdi Mohd Isa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan