awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
Malaysia utamakan pelaburan jangka panjang, berorientasikan nilai dalam mineral kritikal
Rumah Putih rancang sidang kemuncak pertama Lembaga Keamanan pada 19 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian tahanan, lebih 10 anggota dan pegawai polis disiasat

Bernama
Bernama
10/02/2017
14:04 MYT
Kematian tahanan, lebih 10 anggota dan pegawai polis disiasat
Dakwaan pihak tertentu kononnya terdapat lebam dan cedera pada tubuh mangsa iaitu S. Balamurugan, 44, tidak sepatutnya timbul selagi laporan bedah siasat tidak dikeluarkan pihak hospital. - Gambar hiasan
Lebih 10 anggota serta pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara sedang disiasat berhubung insiden seorang lelaki yang dilaporkan mati ketika dalam tahanan polis pada Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Mohd Yusoff Mamat berkata setakat ini, tiada anggota atau pegawainya digantung tugas susulan kejadian itu kerana siasatan lanjut masih dijalankan.
Beliau juga berkata dakwaan pihak tertentu kononnya terdapat lebam dan cedera pada tubuh mangsa iaitu S. Balamurugan, 44, tidak sepatutnya timbul selagi laporan bedah siasat tidak dikeluarkan pihak hospital.
"Kita tunggu sahaja apa hasil bedah siasat yang dijangka keluar minggu depan," katanya kepada pemberita selepas pertemuan dengan Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) Datuk Mah Weng Kwai di sini hari ini.
Semalam, keluarga mangsa membuat laporan polis berhubung kematian Balamurugan dan meminta siasatan menyeluruh dilakukan untuk mengenal pasti punca kematiannya.
Dalam pada itu, Mah menggesa semua pihak supaya tidak membuat kesimpulan awal mengenai punca kematian mangsa yang dilaporkan ditahan pada Isnin lalu bagi siasatan kes jenayah.
Katanya Suhakam sedang mengumpul maklumat daripada anggota dan pegawai polis berkenaan untuk mengenal pasti sebarang pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) sehingga menyebabkan kematian Balamurugan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ketua Polis Daerah Klang Utara
#mat dalam tahanan
#mati dalam lokap
#Mohd Yusoff Mamat
#S. Balamurugan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan