awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risiko kemalangan nuklear di Ukraine lebih serius berbanding senjata atom - IAEA
Siklon tropika Nokaen tingkatkan risiko lahar berhampiran Gunung Berapi Mayon
DBKL laksana Projek Mitigasi Banjir Kilat Jangka Sederhana sekitar Padang Merbok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Zara Qairina: Fahmi harap siasatan diselesaikan segera

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
09/08/2025
08:00 MYT
Kematian Zara Qairina: Fahmi harap siasatan diselesaikan segera
Kata Fahmi, penyempurnaan kertas siasatan itu akan memastikan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berharap siasatan kes kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir, dapat diselesaikan segera.
Tegasnya, penyempurnaan kertas siasatan itu akan membolehkan Timbalan Pendakwa Raya membuat keputusan, sekali gus memastikan pihak bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.
"Seperti yang kita tahu, Jabatan Peguam Negara telah mengarahkan mayat Zara digali semula untuk bedah siasat.
“Pagi ini, Menteri Dalam Negeri juga mengesahkan proses itu akan dijalankan segera. Kita percaya pihak berkuasa untuk mengendalikan perkara itu, dan insya-Allah, Kementerian Dalam Negeri dan Bukit Aman akan memastikan proses itu dilakukan dengan betul dan tanpa berlengah.
"Kita percaya ini akan memastikan sesiapa yang didapati bersalah dihadapkan ke muka pengadilan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Peluncuran Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak di Bukit Kerinchi, pada Sabtu.
Dalam masa yang sama, Fahmi sekali lagi mengingatkan orang ramai agar bijak mengurus maklumat yang diterima menerusi media sosial dan tidak mengambil tindakan sendiri.
"Bukan semua yang kita baca dan dengar di media sosial itu betul. Kita perlu ambil langkah berjaga-jaga," katanya lagi.
Allahyarham Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I di Kota Kinabalu pada 17 Julai lalu. Dia ditemui tidak sedarkan diri di tepi longkang berhampiran asrama sekolah agama di Papar kira-kira jam 4 pagi pada 16 Julai.
Topic Berkaitan
#Fahmi Fadzil
#Zara Qairina Mahathir
#Jabatan Peguam Negara
#punca kematian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan