awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kematian Zara Qairina: Menteri Pendidikan jamin tiada sesiapa akan dilindungi

Bernama
Bernama
25/07/2025
08:30 MYT
Kematian Zara Qairina: Menteri Pendidikan jamin tiada sesiapa akan dilindungi
Zara Qairina, 13, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada awal pagi 17 Julai lepas di Papar, Sabah. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan kepada hasil siasatan polis berhubung kematian pelajar Tingkatan Satu Zara Qairina Mahathir.

Ringkasan AI
  • KPM memberi jaminan tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan hasil siasatan polis dan menasihatkan semua pihak agar tidak membuat spekulasi kerana kes masih dalam siasatan.
  • KPM melalui JPN Sabah memberi kerjasama penuh kepada siasatan dan menyediakan bantuan segera termasuk sokongan psikososial dengan kerjasama KKM untuk kesejahteraan keluarga dan warga sekolah.
  • Zara Qairina, 13 tahun, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama di Papar, Sabah pada awal pagi 17 Julai lalu.

Menterinya Fadhlina Sidek menasihatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkait kes berkenaan yang masih dalam siasatan polis.
"Beri ruang kepada polis untuk menjalankan tugas secara profesional, telus, menyeluruh dan berintegriti. Tiada siapa yang akan dilindungi dan terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya menerusi catatan di Facebook.
Beliau berkata KPM menerusi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah sentiasa memberi kerjasama penuh kepada proses siasatan, selain komited untuk terus memastikan kesejahteraan keluarga, murid, guru dan warga sekolah terlibat terpelihara.
"Ini dilakukan menerusi penyediaan bantuan segera termasuk aspek sokongan psikososial dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Salam takziah kepada seluruh ahli keluarga. Semoga diberi kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berat ini," katanya.
Zara Qairina, 13, dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama pada awal pagi 17 Julai lepas di Papar, Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Zara Qairina
#kes buli
#kes kematian
#Fadhlina Sidek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan