awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Jepun bangunkan sistem AI lakar wajah suspek
[KOLUMNIS] 2026: Cabaran dan agenda perkhidmatan awam negara
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembalikan acuan agama yang tepat penawar isu Islamofobia - ABIM

Faida Rahim
Faida Rahim
28/02/2023
09:09 MYT
Kembalikan acuan agama yang tepat penawar isu Islamofobia - ABIM
MUHAMMAD FAISAL: "Kita harus kembalikan acuan islam dalam konteks yang betul bahawa Islam sebuah agama yang memberi manfaat kepada masyarakat." - Fail/FB
KUALA LUMPUR: Masyarakat Islam perlu mengembalikan acuan agama dalam konteks tepat sekali gus meluaskan mesej berkongsi memberi manfaat sesama manusia.
Demikian kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz yang memaklumkan ia adalah 'penawar' drastik yang perlu diambil bagi meleraikan isu Islamofobia di negara ini.
“Kita harus kembalikan acuan Islam dalam konteks yang betul bahawa Islam sebuah agama yang memberi manfaat kepada masyarakat. Yang kedua, bila mana kita menyebut tentang agenda agama, agenda masyarakat untuk memartabatkan Islam, bangsa itu, objektifnya harus berteraskan memberi manfaat kepada semua.
“Bila mana kita sebut tentang perjuangan untuk mendaulatkan Islam, mendautlatkan Syariah, perjuangan mendaulatkan perjuangan Islam dan kedudukan Islam itu harus ada objektif iaitu menyampaikan kebaikan kepada masyarakat,” kata Faisal dalam program 100 hari Kerajaan Perpaduan, hari ini.
100 Hari Kerajaan Perpaduan | Meleraikan isu Islamofobia
Faisal juga memaklumkan wujud sekelompok dalam masyarakat yang cuba memainkan isu agama bangsa untuk memecah belah masyarakat malah menanamkan lagi bibit kebencian masyarakat bukan Islam terhadap Islam.
Sehubungan itu, masyarakat di negara ini perlu menitikberatkan norma dan nilai positif bagi memberi manfaat sama ada kepada masyarakat Islam atau bukan Islam dalam usaha menjernihkan salah tanggap mengenai Islam.
“Menjadi tanggungjawab semua pihak menghargai kemanusiaan, menghormati hak dan kepercayaan setiap individu serta menolak kebencian antara agama,” akhirinya.
Topic Berkaitan
#perpaduan
#ABIM
#Faisal Aziz
#Islamofobia
#Islam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan