Kerajaan Terengganu berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan negeri itu yang satu ketika dahulu cukup dikenali sebagai destinasi pilihan pelancong untuk melihat penyu terutamanya di Pantai Rantau Abang di Dungun.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri Ariffin Deraman berkata Pantai Rantau Abang sebelum ini amat terkenal dengan pendaratan penyu belimbing, namun ia semakin suram, malah kali terakhir spesies itu ditemui mendarat ialah pada 2010.
"Bagi memastikan penyu terus mendarat di pantai kita, kerajaan negeri akan terus memberi fokus kepada usaha-usaha konservasi penyu dan tuntung di 46 kawasan yang mana 14 daripadanya telah diwartakan sebagai pusat pemuliharaan dan santuari penyu.
"Malah setiap tahun kita turut memberi peruntukan lebih RM200,000 kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu untuk membantu daripada segi perbelanjaan operasi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Masjid Lama Kampung Tuan di sini sempena lawatan kerja di daerah Kemaman pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Ariffin berkata projek pembangunan fasa kedua Zoo Kemaman yang dimulakan pada bulan Mei tahun lalu telah pun berada di peringkat akhir dan dijangka siap hujung tahun ini.
Beliau berkata projek bernilai RM3 juta itu merangkumi enam pakej utama termasuk 'Australia Bushwalk', 'Africa Savana' dan 'Wild Asia'.
"Zoo Kemaman masih beroperasi sehingga hari ini dan pada masa ini kita fokus pada kerja-kerja pembangunan fasa kedua. Kita rancang untuk bangunkan pula fasa ketiga selepas ini yang melibatkan tapak perkhemahan dan rekreasi memandangkan kawasan zoo ini luas iaitu sekitar 120 hektar," katanya.
Menurut Ariffin lagi jumlah pengunjung zoo juga mencatatkan peningkatan iaitu seramai 30,924 orang bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berbanding 20,501 tempoh sama tahun lalu.
Zoo Kemaman yang terletak di Kampung Ibok dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada 12 April 2009, dan pembangunan fasa pertama meliputi kawasan seluas 14 hektar dengan kos RM3 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 27 2019

Pantai Rantau Abang sebelum ini amat terkenal dengan pendaratan penyu belimbing, namun ia semakin suram, malah kali terakhir spesies itu ditemui mendarat ialah pada 2010. - Gambar fail

Tiada aktiviti pembalakan pada musim tengkujuh - Perhutanan Kelantan
Jabatan Perhutanan Kelantan mengesahkan tiada aktiviti penerokaan tanah dan pembalakkan pada musim tengkujuh dan banjir baru-baru ini.

Kerajaan Jepun akan batal Sukan Olimpik akibat COVID-19 - Laporan
Katanya, tumpuan kerajaan Jepun ketika ini ialah untuk mendapatkan slot pada tahun 2032 untuk sukan tersebut.

AWANI Ringkas: PdPR: Kerajaan perlu pertingkat jaringan internet | PdPR: Apa rasional terbaik?

Kajian Ipsos: Menangani tahap keresahan rakyat Malaysia
Bagi membincangkan mengenai perkara ini kita bersama dengan Pakar Perunding Psikiatri Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Prof Dr Amer Siddiq Amer Nordin.

PdPR: Capaian internet luar bandar perlu dipertingkat
Kerajaan digesa untuk mempertingkatkan keupayaan internet di luar bandar sebelum melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah, PdPR. Akses internet lemah, akan jadi kekangan seterusnya menjejaskan pembelajaran mereka.

COVID-19: Dubai larang pembedahan tidak penting, aktiviti hiburan
Penangguhan sementara yang berkuat kuasa mulai 12 tengah malam Khamis adalah bagi memberi keutamaan kepada rawatan pesakit COVID-19.

Niaga AWANI: Strategi dan peluang pelaburan dalam pasaran China
Di sebalik angka ini, UOB asset management percaya wujud peluang yang besar dalam pelaburan jangka panjang dalam syarikat terpilih dalam ekonomi baru di China. Ini melihat kepada kuasa membeli rakyat China yang semakin meningkat dan sokongan yang diberikan kepada 10 industri utama yang dikenal pasti dalam pelan ‘Made In China 2025’ Saksikan rakaman temubual saya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Uobam (Malaysia), Lim Suet Ling

Niaga AWANI: Strategi sektor kewangan depani cabaran 2021
Kita ingin membincangkan kesan dan strategi PKP ini kepada ahli Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Malaysia (ADFIM) bersama Timbalan Pengerusi Azizi Mustafa.

COVID-19: Britain umum denda hadirin parti sosial di rumah
Britain mengumumkan penalti lebih tinggi terhadap individu yang ingkar arahan berkaitan sekatan pergerakan.

AWANI Ringkas: Pelan Dasar Digital ASEAN dilancar hari ini | Ipsos: Rakyat Malaysia paling resah ketika pandemik

Terengganu rancang jadikan luncur ombak acara tahunan
Acara itu berpontensi menarik kedatangan pelancong di samping menyuburkan lagi sukan ekstrem itu dalam kalangan penduduk tempatan.

Pemain industri pelancongan Terengganu diingatkan beri penekanan serius terhadap SOP
Kerajaan negeri akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan dalam memastikan semua penggiat industri pelancongan terus melaksanakan SOP kepada pelancong.

Festival Kebudayaan Terengganu rancakkan sektor pelancongan setempat
Ia membabitkan pelbagai aktiviti termasuk 'nelayan berkolek', 'cerita duyong', gamelan, gasing terbang yang diadakan di enam lokasi.

Terengganu optimis capai sasaran 4.5 juta pelancong tahun ini
Terengganu yakin mampu mencapai sasaran kedatangan pelancong sehingga 4.5 juta orang tahun ini biarpun negara masih berada di fasa pemulihan.

Terengganu jangka industri pelancongan pulih seawal enam bulan
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu memberi kesan besar membabitkan pelbagai industri termasuk perhotelan dan sebagainya.

COVID-19: Empat kumpulan penggiat pelancongan Terengganu terima bantuan
Pihaknya sedia maklum dengan nasib penggiat pelancongan yang kehilangan sumber pendapatan sepanjang PKP.

Saringan COVID-19 di semua hotel, pusat peranginan Terengganu
Saranan itu sebagai langkah pencegahan awal bagi menangani wabak berkenaan.

Persembahan dikir barat Terengganu lakar nama dalam MBOR
Persembahan yang disertai 2,020 pendikir muda itu berlangsung selama sejam tanpa henti dengan lapan bahasa.

Kampung Budaya tarikan baharu Terengganu
Kampung Budaya Terengganu yang terletak berdekatan dengan Muzium Negeri itu mempunyai tujuh buah rumah yang setiap satunya mempunyai keunikan binaan yang tersendiri.

Karnival Pantai Terengganu beroperasi 24 jam hingga lewat malam Sabtu
Beri peluang kepada mereka yang terlibat dalam Larian Antarabangsa Jambatan Sultan Mahmud untuk turut sama merasai kemeriahan karnival.