KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan digesa untuk mengembalikan Labuan kepada Sabah.
Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, Labuan seperti diserang garuda menjadi padang jarak padang terkukur di mana ia terabai.
"Labuan satu ketika dahulu adalah bandar bebas cukai tapi sekarang ia seperti diserang garuda. Yang bebas cukai adalah cuma coklat, yang lain harganya sama seperti tanah besar.
"Tolonglah bangunkan Labuan dan kembalikan status bebas cukai. Jika kerajaan Persekutuan tidak mahu laksanakan apa-apa, maka kembalikan Labuan kepada Sabah, biar kami bangunkan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat di sini, pada Isnin.
Dalam pada itu Bung Moktar turut membangkitkan soal penyaluran dana kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) Persekutuan sebelum disalurkan kepada JKR Sabah.
Katanya, jika melibatkan sebarang kecemasan, kerajaan negeri terpaksa mengemukakan permohonan kepada kerajaan Persekutuan yang mana prosesnya memakan masa yang panjang.
"Kerajaan Persekutuan seharusnya memberi peruntukan sekurang-kurang RM200 juta setiap tahun bagi melaksanakan kerja-kerja kecemasan," tambahnya lagi.
Umavathi Ramayah
Mon Oct 04 2021
Bung Moktar Radin berkata, Labuan seperti diserang garuda yang menjadi padang jarak padang terkukur di mana terabai. - Gambar Astro AWANI
Isu telaga jejari: Kerajaan Kelantan beri kerjasama penuh kepada SPRM
Mohamed Fadzli berkata Kerajaan Kelantan tidak akan menganggu proses penyiasatan yang sedang berjalan.
Pilihan raya AS: Biden, Trump setuju dengan dua Debat Presiden
Joe Biden dan Donald Trump setuju mengadakan dua Debat Presiden pada Jun dan September ini sebagai sebahagian daripada kempen pilihan raya.
Legasi Sudirman wajar diteruskan - Aznil
Sudirman mengubah pandangan masyarakat terhadap penggiat seni apabila menampilkan benchmark baharu - iaitu artis perlulah terpelajar.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Android akan tambah ciri kenal pasti kejadian ragut, kunci peranti
Menerusi kemas kini terbaharu, peranti Android akan dapat mengenal pasti telefon sekiranya diragut perompak dan mengunci akses.
UPM hasilkan gel tenaga dari kurma untuk ahli sukan dan aktiviti lasak
Pasukan penyelidik menghasilkan formulasi gel tenaga baharu menggabungkan bahan-bahan berkhasiat atau superfood dalam satu paket kecil.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Piala Belia: Melaka FA, Sri Pahang FC berdamai
Pihak Persatuan Bola Sepak Melaka dan pengurus pasukan telah dipanggil polis dan sehingga kini, tiada sebarang laporan polis dibuat.
Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar
Pesawat yang membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal termasuk jemaah haji baru saja berlepas dari Makassar menuju Arab Saudi.
Pengguna iOS 17.5 dapati foto lama dipadam muncul kembali
Mereka terkejut melihat gambar yang telah bertahun dipadam, tiba-tiba muncul sebagai gambar yang baru dimuat naik ke iCloud.
Kampung Angkat Madani Jabatan Wilayah Persekutuan fokus pembangunan modal insan
Membantu penduduk di kampung yang terpilih dapat meneruskan kelangsungan hidup tanpa bergantung kepada kerajaan semata-mata.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Kabel bawah tanah rosak punca Labuan bergelap 20 jam
Kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) punca sebahagian Pulau Labuan bergelap selama 20 jam kelmarin.
Tiga pasukan petugas ditubuh pacu ekonomi Labuan
Tumpuan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal.
Catuan bekalan elektrik di Sabah, Labuan babitkan 105,628 pengguna - SESB
Masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
SESB laksana catuan elektrik di Sabah dan Labuan
Situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak iaitu 1,001MW.
Kilang kayu terbakar di Labuan
Sebuah kilang kayu dan pembuatan perabot, Seng Seng Woodwork Co yang beroperasi lebih tiga dekad, musnah dalam kebakaran hari ini.
Imigresen tahan enam pendatang tanpa izin di Labuan
Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi dijalankan pada Khamis lepas dan semalam.
Pelaksanaan SST, tambang feri Labuan naik enam peratus
Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
Bangkai penyu hijau ditemukan di Pantai Nagalang
Bangkai spesies haiwan laut terancam itu ditemukan oleh staf restoran dan disyaki telah mati beberapa hari sebelumnya.