awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
PERKESO giat tarik penjaja, peniaga kecil carum Lindung Kendiri
Belon meletup: MBPP akan tambah baik SOP, penggunaan gas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kembara Mahkota Johor 2023 buka tirai Sabtu ini

Bernama
Bernama
01/08/2023
00:10 MYT
Kembara Mahkota Johor 2023 buka tirai Sabtu ini
KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos depan, bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan jumlah perjalanan hampir 800km. - Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Selepas tiga tahun tidak diadakan susulan pandemik COVID-19, Kembara Mahkota Johor (KMJ) kembali membuka tirainya Sabtu ini.
Menurut hantaran di laman Facebook rasmi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, acara yang dinanti-nantikan Bangsa Johor itu bakal menyaksikan Sultan Ibrahim dan Keluarga Diraja Johor kembali menjelajah ke 10 daerah bertemu rakyat.
"Kali terakhir KMJ diadakan pada 2019. KMJ 2023 akan berlangsung bermula 5 hingga 8 Ogos ini, bakal menyaksikan jelajah pacuan empat roda oleh Keluarga Diraja Johor dengan perjalanan hampir 800 kilometer.
"Ikutilah perkembangan dan aktiviti jelajah KMJ 2023 menerusi laman media sosial Keluarga Diraja Johor," menurut hantaran itu.
Pada edisi lepas, Sultan Johor telah menunggang motosikal berkuasa tinggi 'Harley-Davidson 2019 Road King Special Touring Bike' dan bertemu rakyat Johor di sepanjang perjalanan menjelajahi 10 daerah di negeri ini.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kembara Mahkota Johor
#Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar
#keluarga diraja Johor
#jelajah 10 daerah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan