awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemelut politik negara: Rakyat perlu didahulukan

Ayu Dewy Puspa
Ayu Dewy Puspa
07/07/2015
11:42 MYT
Kemelut politik negara: Rakyat perlu didahulukan
HASANUDDIN: Kita mengharapkan mereka sama-sama membangunkan negara, membina negara dan menyelesaikan masalah ekonomi - Foto Astro AWANI
Rakyat mahukan perubahan besar segera dilakukan dengan menggesa para pemimpin berhenti mempolitikkan isu dan menumpukan kepada kesejahteraan rakyat.
Ini lantaran satu persatu skandal melibatkan urus niaga jutaan ringgit diperkatakan media tempatan dan antarabangsa sejak akhir-akhir ini.
Antaranya, skandal pembelian hartanah MARA Inc di Melbourne, skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan juga ketirisan wang yang dilaporkan Audit Negara.
Kemuncak politik negara kali ini menyaksikan keresahan rakyat terutama dengan kejatuhan nilai ringgit dan keadaan ekonomi yang tidak banyak menunjukkan perubahan.
Timbalan presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hasanuddin Mohd Yunus dalam Analisis AWANI pada Selasa berkata rakyat mengharapkan wakil rakyat yang dipilih bersama-sama membangunkan negara dan menyelesaikan masalah ekonomi juga lebih fokus kepada keutamaan negara.
"Mengharapkan parlimen dan wakil rakyat pemerintah atau pembangkang. Kita mengharapkan mereka sama-sama membangunkan negara, membina negara dan menyelesaikan masalah ekonomi, keperitan rakyat, negara dan tidak mahu terlalu ‘berpolitik’. Seolah-olah keutamaan rakyat tidak menjadi keutamaan besar,” kata Hasanuddin.
Rakyat mahukan sebuah parti politik yang matang dan berani bangun menegur atau memuji pemimpin pada masa yang sesuai agar mampu keluar daripada kesempitan sedia ada.
Tambah beliau, integriti dan kebertanggungjawaban pemimpin menjadi tuntutan utama rakyat dalam mentadbir negara.
Suara rakyat dalam memberi pandangan mahupun teguran terhadap pentadbiran negara juga bukannya sebagai musuh kepada tetapi perlu diterima pemerintah untuk terus memajukan ekonomi dan juga negara.
Topic Berkaitan
#1MDB
#Hasanuddin Mohd Yunus
#MARA
#Pertubuhan IKRAM Malaysia
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan