MELAKA: Kemenangan sulung Melaka United FC (MUFC) malam tadi selepas empat kali mencatat keputusan seri, menyuntik semangat pasukan untuk berdepan pendahulu Liga Super Johor Darul Ta'zim (JDT) pada perlawanan seterusnya.
Ketua Jurulatih MUFC Zainal Abidin Hassan berkata tiga mata yang diraih selepas menewaskan KL City FC 2-1 amat bermakna setelah mengharungi lima perlawanan kompetitif dalam jadual yang padat sejak kempen Liga Super bermula kira-kira dua minggu lepas.
Beliau berkata semangat juang serta disiplin tinggi dipamerkan oleh pemain membuahkan hasil sekali gus memecah kebuntuan mencari kemenangan yang diperlukan oleh skuad Hang Tuah itu.
"Dalam tempoh masa liga berehat, kita akan memperbaiki dan meningkatkan prestasi permainan kerana pertemuan selepas ini lebih sukar apabila bertemu pasukan hebat seperti JDT," katanya kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi.
MUFC dijadual berkunjung ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri pada 2 April.
Pada perlawanan malam tadi di Stadium Hang Jebat, dua gol hasil sepakan penalti Alex Goncalves pada minit ke-51 dan 81 menamatkan badi seri Sang Kancil manakala jaringan tunggal skuad Warga Kota menerusi Abdul Azim Rahim pada minit ke-89.
Biarpun kemenangan itu diperoleh menerusi sepakan penalti, Zainal Abidin menyifatkan tuah lebih memihak pasukannya yang berusaha keras untuk membolosi gawang lawan.
"Mereka tidak mengaku kalah, para pemain tahu keadaan pasukan yang didenda pemotongan tiga mata sebelum ini, mereka tetap berusaha keras mencipta peluang mencari gol," katanya.
MUFC yang dikenakan pemotongan tiga mata oleh First Instance Body (FIB) susulan kegagalan membayar baki ansuran tunggakan gaji pemain dan pegawai mengikut jadual ditetapkan kekal berada di tangga kelapan dengan mengumpul empat mata.
Sementara itu, jurulatih Kuala Lumpur City FC Bojan Hodak menyifatkan pemainnya menunjukkan prestasi terbaik selepas mengharungi lima perlawanan setakat ini meskipun tewas kepada MUFC.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 21 2021
MUFC menang nipis 2-1 ke atas KL City FC di Stadium Hang Jebat pada Sabtu. - Foto Facebook/Melaka United Football Club
Lebih 569 tan bantuan dihantar melalui jeti sementara ke Gaza - AS
Lebih 569 tan metrik bantuan kemanusiaan telah dihantar melalui jeti sementara ke Gaza sejak ia mula beroperasi minggu lepas.
Nama lain, kes libat lelaki Israel mungkin dilakukan orang lain - Peguam
Peguam berkata, menerusi pasport Perancis yang digunakan untuk memasuki Malaysia, nama anak guamnya ialah Shalom Avitan, namun dalam kertas pertuduhan tertulis, Avitan Shalom.
Didiagnosis dengan ‘mild depression’, Dina Nadzir hilang kawan
Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir berkongsi bahawa dirinya kehilangan beberapa orang rakan dalam hidupnya selepas didiagnosis dengan kemurungan.
Kepimpinan Iran: Apa jadi selepas ini?
Bersama Prof Dr Mohd Roslan Mohd Noor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Akademi Pengajian Islam, UM.
Maritim Perak rampas 61 set bubu naga bernilai RM4,000
Maritim Negeri Perak rampas sebanyak 61 set bubu naga bernilai lebih RM4,000 di sekitar Pulau Talang dan Pantai Remis, Lumut semalam.
[TERKINI] Kes Avitan Shalom miliki senjata, peluru bermula 30 September
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menetapkan sembilan hari bermula 30 September perbicaraan seorang lelaki, Avitan Shalom.
Carta aliran wang Touch n Go eWallet mudahkan pengguna pantau perbelanjaan
Ia memaparkan satu carta perbelanjaan, memudahkan pengguna melihat ke manakah perbelanjaan mereka setiap bulan mengikut kategori.
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
"Keadaan Faisal Halim bertambah baik, tunggu sidang media tengah hari ini" - Shahril
Timbalan Presiden FAS memaklumkan akan berkongsi perkembangan lanjut berkenaan keadaan Faisal tengah hari ini.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Lima pemain Vietnam ditangkap salah guna dadah
Kelab itu difahamkan bakal menamatkan kontrak pemain yang terlibat dalam ke penyalahgunaan dadah itu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 8 Mei 2024.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
Gabungan golf dan bola sepak, footgolf sukan santai dan menyeronokkan
Footgolf menggabungkan dua sukan paling popular di dunia iaitu bola sepak dan golf, dengan kaki berfungsi sebagai kayu golf untuk menendang bola sepak saiz lima ke lubang yang ditetapkan.
Penggunaan VAR perlu masa untuk sempurna - Kuljanac
Miroslav Kuljanac berkata penggunaan VAR amat penting, namun memerlukan masa dari segi pengendalian untuk benar-benar sempurna.
Hari ini, VAR pertama kali digunakan di Malaysia
Teknologi itu digunakan dalam aksi Piala Menteri Wilayah Persekutuan melibatkan pasukan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan di Cheras.
FAM lancar Akademi Pengadil Profesional
Seramai 30 pengadil termasuk tiga pengadil wanita dipanggil untuk menyertai akademi berkenaan bagi fasa pertama bermula tahun 2023-2025.