awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Digital, KESUMA kaji impak teknologi ke atas pekerjaan

Bernama
Bernama
31/01/2025
11:00 MYT
Kementerian Digital, KESUMA kaji impak teknologi ke atas pekerjaan
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja. - Gambar fail/BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Digital sedang bekerjasama erat dengan Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) untuk mengkaji impak teknologi terhadap pekerjaan dan mengenal pasti pekerjaan masa depan.
Menteri Digital Gobind Singh Deo berkata Pejabat Kecerdasan Buatan (AI) Kebangsaan (NAIO) akan memainkan peranan dalam kajian tersebut dan mengemukakan cadangan bagi memastikan rakyat Malaysia kekal dalam tenaga kerja.
"Saya faham ada pihak yang bimbang tentang penggunaan teknologi dan bagaimana ia bakal memberikan kesan kepada pekerjaan. Saya ingin menegaskan bahawa aspek pekerjaan sangat penting kepada Kerajaan MADANI.
"Kami mahu memastikan bahawa sambil kita menggunakan teknologi untuk meningkatkan perniagaan dan ekonomi, kita perlu memastikan bahawa rakyat mempunyai pekerjaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Gobind berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bulan lepas telah mengarahkan kementeriannya untuk meneliti pekerjaan yang akan terkesan oleh AI.
"NAIO akan, antaranya, meneliti perkara ini dan memberikan cadangan. Saya mahu memberi jaminan kepada semua bahawa walaupun kerajaan menitikberatkan teknologi, kami akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada landskap pekerjaan yang berubah bagi memastikan rakyat kekal dalam tenaga kerja.
"Jika ada beberapa sektor yang terkesan oleh teknologi digital nanti, kita sudah ada suatu penyelesaian untuk para pekerja dalam sektor tersebut," katanya.
Beliau berkata berdasarkan Kajian Impak Kecerdasan Buatan, Digital dan Ekonomi Hijau Ke Atas Tenaga Kerja Malaysia oleh Talent Corp yang dikeluarkan kepada umum pada November 2024, kajian itu menunjukkan jenis-jenis teknologi yang akan berkembang pesat dalam masa lima tahun akan datang dan bagaimana teknologi itu bakal memberikan kesan kepada pekerjaan dan sektor terlibat.
"Kita perlu mengetahui sektor mana yang akan terkesan dan apa yang perlu diperkukuh. Bagi pekerja, siapa yang akan terjejas, kita harus membuat persediaan yang perlu bagi memastikan mereka mempunyai kemahiran bersesuaian. Kita akan bantu meningkatkan kemahiran dan memberi pemahiran semula kepada mereka supaya mereka boleh terus berada dalam tenaga kerja.
"Dengan kemahiran baharu mereka, mereka juga boleh meneroka sektor lain. Teknologi juga boleh mewujudkan peluang pekerjaan baharu," kata Gobind.
NAIO, yang dilancarkan 12 Dis tahun lepas, berfungsi sebagai pihak berkuasa pusat yang bertanggungjawab dalam memajukan agenda AI Malaysia. Ia turut bermatlamat meletakkan Malaysia sebagai peneraju serantau dalam teknologi dan aplikasi AI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Digital
#KESUMA
#kaji impak teknologi
#pekerjaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan