KUALA LUMPUR: Kementerian Ekonomi akan memuktamadkan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga untuk menterjemahkan Dasar Tenaga Negara kepada projek peralihan tenaga yang bakal diterajui syarikat besar, sederhana, dan kecil, dalam tempoh tiga bulan lagi.
Menterinya Rafizi Ramli berkata sasaran Malaysia untuk beralih dari tenaga sedia ada ke tenaga hijau merupakan agenda strategik yang mampu mencipta pekerjaan baharu yang bernilai tinggi, selain memenuhi tanggungjawab global negara untuk mengurangkan pelepasan gas rumah berkaca (GHG).
"Keperluan untuk mematuhi standard hijau sedunia semakin meningkat dan industri Malaysia harus memenuhi syarat dan piawaian hijau untuk kekal berdaya saing sebagai negara perdagangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Susulan itu, katanya, Malaysia secara rasmi telah menyertai Asia Zero Emission Community (AZEC), blok tenaga yang terdiri dari Jepun, Australia, dan negara-negara ASEAN kecuali Myanmar.
"AZEC merupakan inisiatif baharu bagi memacu peralihan tenaga daripada sumber hidrokarbon kepada sumber tenaga bersih dan tenaga boleh baharu (TBB) serta aspirasi sifar bersih pelepasan GHG yang lebih signifikan.
"Konsep AZEC ketika ini adalah lebih bertumpu kepada kerjasama dan bukan instrumen perundangan yang mengikat," kata Rafizi.
Menurutnya, kerjasama yang dijalin melalui AZEC mampu membuka peluang kepada Malaysia untuk mempercepatkan pemindahan teknologi dan pembiayaan hijau supaya dapat dimanfaatkan oleh setiap lapisan masyarakat negara.
Pada 4 Mac lepas Rafizi mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Peringkat Menteri AZEC 2023 di Tokyo, Jepun, yang turut disertai para pegawai daripada Kementerian Ekonomi, Kementerian Luar Negeri, Petroliam Nasional Bhd dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 06 2023

Kata Rafizi, Malaysia secara rasmi telah menyertai Asia Zero Emission Community (AZEC), blok tenaga yang terdiri dari Jepun, Australia, dan negara-negara ASEAN kecuali Myanmar.- Foto Astro AWANI/Shahir Omar

Banjir: Terengganu pulih, jumlah mangsa meningkat di Kelantan
Tiga mangsa daripada satu keluarga yang berlindung di PPS SK Atas Tol dibenarkan pulang ke kediaman mereka selepas banjir surut.

'Buat ujian saringan kepada pelancong China'
Ia susulan terdapat laporan mengenai peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dan radang paru-paru melibatkan kanak-kanak di China.

UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park.
AWANI Pagi: Kekang stigma terhadap kanser prostat
AWANI Pagi bersama bekas pesakit kanser prostat,Tan Sri Nazir Razak dan Pakar Urologi dan Profesor Madya Klinikal, Hospital Gleneagles , Dr George Lee membincangkan mengenai bagaimana menakluki stigma penyakit ini serta apa peranan golongan lelaki dalam mengekang stigma terhadap kanser prostat.
#AWANInews
#AWANInews

Ops Patuh: JPJ keluar 122,208 notis pelbagai kesalahan
Operasi tersebut dilaksanakan selama 29 hari bermula 1 Nov dengan memeriksa 719,766 kenderaan.

121 rakyat Malaysia pulang dari Laukkaing, Myanmar
Mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an serta kebanyakannya adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan.

Enggan serah hak milik rumah, lelaki cederakan ibu angkat
Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes dadah dan satu jenayah.

Wartawan foto Palestin, Motaz Azaiza dinobat 'Man of the Year' majalah GQ
Azaiza yang menjadi terkenal selepas Gaza diserang tanpa belas ihsan pada 7 Okt lalu juga disifatkan sebagai simbol keberanian.

Wanita India dinobat simpan rambut terpanjang di dunia
Smita Srivasta dikatakan menahan keinginan memotong rambut sejak berusia 14 tahun dan panjang rambut terkini 2.3 meter.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [1 Disember 2023]
Antara fokus Awani Pagi bersama Afiezy Azaman & Geegee Ahmad
- Projek rintis Dasar Gaji Progresif bermula Jun 2024
- RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 lulus
- Ada apa dengan COP28? Mengapa ia penting?
#AWANInews #AWANIpagi
- Projek rintis Dasar Gaji Progresif bermula Jun 2024
- RUU Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 lulus
- Ada apa dengan COP28? Mengapa ia penting?
#AWANInews #AWANIpagi

Kerajaan masih kaji mekanisme berkesan agih bantuan, subsidi - Kementerian Ekonomi
Kerajaan masih di peringkat mengkaji mekanisme bagi pengagihan bantuan dan subsidi secara paling berkesan serta mudah kepada rakyat, kata Kementerian Ekonomi.

Kerajaan setuju laksanakan 502 projek IKR bernilai RM76.3 juta - Rafizi
Kementerian Ekonomi telah memberi persetujuan bagi pelaksanaan 502 projek Inisiatif Kemudahan Rakyat (IKR) yang melibatkan kos sebanyak RM76.3 juta.

130,101 permohonan IPR diterima sehingga 2 November - Kementerian Ekonomi
Sejumlah 130,101 permohonan telah diterima daripada rakyat Malaysia untuk menyertai program Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) sehingga 2 November lepas, kata Kementerian Ekonomi.

Dasar gaji progresif dijangka libat kos tambahan minimal kepada majikan - Kementerian Ekonomi
Majikan akan menerima insentif tunai sekiranya memenuhi syarat-syarat berdasarkan garis panduan kenaikan gaji tahunan yang akan dikeluarkan.

Kemajuan pembangunan PADU secara keseluruhan pada 72 peratus - Kementerian Ekonomi
Usai pelancarannya yang dijadual Januari hingga Mac 2024, sistem PADU akan dibuka kepada pengguna bagi membolehkan pengemaskinian maklumat.

Semua pihak diseru beri kerjasama penuh dalam Banci Pertanian 2024
Ia bagi membolehkan kerajaan meraih data yang menyeluruh supaya gambaran yang lebih jelas mengenai sektor itu dapat dicerap.

Dasar Gaji Progresif akan jadi pelengkap kepada Dasar Gaji Minimum - Kementerian Ekonomi
Sesi libat urus dengan pihak berkepentingan akan dilaksanakan secara berterusan untuk memastikan Dasar Gaji Progresif diterima baik semua pihak.

Kerajaan belum putuskan hala tuju NGV negara
Kerajaan belum memutuskan sebarang pelan hala tuju bagi kenderaan gas asli (NGV) di negara ini berikutan permintaannya semakin berkurangan.

Sejumlah 47,909 individu berpendapatan rendah terima manfaat IPR sehingga 5 Okt 2023
Sebanyak 47,909 individu daripada kategori berpendapatan rendah layak untuk dipadankan dengan tiga inisiatif rintis IPR.

Peruntukan subsidi 2024 Malaysia mungkin meningkat sejajar kenaikan harga minyak mentah - Rafizi
Kerajaan dijangka meningkatkan peruntukan subsidinya tahun depan berikutan kenaikan harga minyak yang seterusnya boleh membawa kepada subsidi tinggi bagi produk petroleum.