PUTRAJAYA: Kebanyakan kementerian, jabatan dan agensi kerajaan didapati patuh dengan arahan baharu mengenai kawalan perbelanjaan awam yang dikeluarkan pada 18 Okt lepas, kata Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali.
Beliau berkata arahan itu dikeluarkan sebagai langkah penjimatan serta bagi mengelak pembaziran sumber kewangan awam.
"Saya lihat selepas arahan dikeluarkan banyak kementerian patuh, maksudnya banyak acara dan program kerajaan (kini dibuat) di tempat kemudahan kerajaan, institut latihan awam dan sebagainya," katanya.
Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kongres Perancangan Kebangsaan 2023 (NPC2023) di sini hari ini, Mohd Zuki berkata pemantauan tetap dilakukan bagi memastikan arahan itu sentiasa dipatuhi dan menjadi amalan dalam sektor perkhidmatan awam.
"Sekiranya berlaku pelanggaran, mungkin ada tindakan yang diambil, tetapi saya yakin dan percaya semua ketua jabatan memahami apa yang dihasratkan oleh kerajaan (menerusi arahan ini)," katanya.
Pada 18 Okt lepas, kerajaan mengeluarkan arahan baharu kawalan perbelanjaan awam bagi mengelak pembaziran sumber kewangan awam kepada semua kementerian, jabatan, dan agensinya.
Antara yang termaktub dalam arahan yang ditandatangani Mohd Zuki itu ialah penganjuran acara, majlis, keraian rasmi kerajaan, mesyuarat, persidangan, seminar serta bengkel dihadkan bagi program benar-benar perlu saja, dan disaran diadakan di premis atau institusi latihan awam (ILA).
Arahan itu juga antara lain menyebut bahawa sumber utiliti termasuk elektrik dan air serta peralatan pejabat perlu digunakan secara optimum, di samping pembaziran penyediaan makan dan minum ketika mesyuarat atau program perlu dielakkan.
Terdahulu dalam ucapan perasmian pada majlis itu, Mohd Zuki berkata golongan perancang bandar perlu membudayakan daya cipta dalam perancangan ekosistem kerana ia dapat memberikan nilai tambah yang tinggi kepada lanskap bandar dan kehidupan komuniti.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 08 2023
Mohd Zuki berkata arahan itu dikeluarkan sebagai langkah penjimatan serta bagi mengelak pembaziran sumber kewangan awam. - Gambar/ Bernama
Seorang kanak-kanak Israel cedera ditembak
Seorang kanak-kanak lelaki Israel berada dalam keadaan kritikal berikutan insiden tembakan di sebuah bas berhampiran Beit Jala, di Tebing Barat yang diduduki Israel.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
Jurucakap Pusat Perubatan Hadassah, tempat mangsa dirawat, berkata kanak-kanak berusia 10 tahun itu menerima rawatan kecemasan di unit trauma bersama dua lagi mangsa dewasa.
RM100 juta diperuntuk tingkat minat murid dalam bidang STEM
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, sebanyak RM100 juta telah diperuntukan pada tahun 2024 untuk tujuan meningkatkan minat murid dalam bidang STEM.
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Jelasnya, sebanyak 506 buah makmal sains dan 518 buah makmal komputer sedang diselenggara dan dinaik taraf untuk menjadikan pembelajaran STEM lebih menarik dan bermakna.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Pembinaan RTS Link Johor Bahru-Singapura bagi kerja infrastruktur capai 95 peratus
Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru–Singapura berjalan mengikut jadual dengan tahap kemajuan mencapai 95 peratus bagi kerja-kerja infrastruktur setakat November lepas.
Apple Intelligence diaktifkan ke beberapa lagi negara tetapi tidak di Malaysia
Apple Intelligence boleh digunakan pada peranti tertentu seperti iPhone 15 Pro, iPhone 15 Pro Max, siri iPhone 16, Mac dengan cip Apple M, iPad dengan cip Apple M, dan iPad Mini dengan cip A17 Pro.
RUU Ombudsman Malaysia jangka dibentang tahun depan
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kula Segaran berkata pada masa ini, beberapa sesi bengkel cadangan dasar penubuhan Ombudsman telah diadakan dengan pihak-pihak berkepentingan, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan.
Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk AGC
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan bertulis di Parlimen berkata, AGC kemudiannya telah menyerahkannya kembali kepada pihak polis bagi siasatan lanjut.
KWSP lancar Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan rangka kerja RIA
Panduan dan rangka kerja ini bertujuan menyediakan panduan komprehensif untuk perbelanjaan bulanan serta mengemaskini tahap simpanan.
AWANI Ringkas: Peguan Negara tarik semula rayuan terhadap pembebasan Zahid Hamidi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM14.6 bilion dipindah kepada Akaun Fleksibel KWSP - Amir Hamzah
Sejumlah RM6.6 bilion simpanan pula telah dipindahkan ke Akaun Persaraan.
Usaha kerajaan dalam mempertingkatkan lagi EIA untuk lebih berkesan
Menurut Menteri NRES, Nik Nazmi, antara penambahbaikan kerajaan untuk penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) untuk lebih efektif, memperkukuh keperluan perundangan berkaitan EIA dan tadbir urus dalam penilaian laporan EIA, memperkasa prosedur penilaian EIA, pendigitalan EIA, pengukuhan libat urus awam dan pemantapan penguatkuasaan EIA.
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
Ikuti berita terkini di https://grid.astroawani.com/
#AWANInews #SisiTvParlimen #DewanRakyat
JPJ perlu tambah baik taraf perkhidmatan pelanggan - KSN
Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Shamsul Azri Abu Bakar mengadakan lawatan mengejut ke ibu pejabat JPJ di Putrajaya pada Isnin.
Penjawat awam diseru jadi ejen Keluarga Malaysia - KSN
Penjawat awam di negara ini diseru untuk menjadi ejen yang bertindak sebagai suara kerajaan kepada seluruh Keluarga Malaysia.
Ikmalrudin dilantik sebagai Setiausaha SPR baharu
Ikmalrudin Ishak dilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkuat kuasa 5 Jun, menggantikan Datuk Mohamed Elias Abu Bakar yang bersara wajib pada 30 Mei.
Pasca COVID-19: Penggunaan teknologi dalam perkhidmatan awam dipertimbang - KSN
Penggunaan teknologi seperti mesyuarat melalui sidang video telah diperkenal dalam sektor kerajaan sebelum ini, namun kini ia digunakan sepenuhnya.
KSN nafi akan berlaku pertukaran beberapa KSU kementerian
Tan Sri Dr Ismail Bakar mengulas laporan sebuah portal berita berkenaan lima KSU yang dijangka ditukarkan pada hujung tahun ini.
Penjawat awam: Pastikan maklumat awal tidak disebarkan - KSN
Penyebaran maklumat awal dan dokumen terperingkat kepada umum, boleh mengundang pelbagai tanggapan dan reaksi negatif orang ramai.
Abu Kassim dijangka ganti Ali Hamsa sebagai KSN
Selepas beberapa ketika dilantik menjadi ketua pengarah GIACC, nama Tan Sri Abu Kassim Mohamed juga disebut untuk mengisi jawatan utama dalam sektor kerajaan.
Bekas Ketua Setiausaha Negara meninggal dunia
Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Hashim Aman, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.
Pertukaran dua pengarah SPRM undang laporan dari orang awam
Arahan pertukaran ke atas dua pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Bahri Mohamad Zin dan Datuk Rohaizad Yaakob minggu lalu mengundang laporan awam.