Kementerian Kesihatan mengalu-alukan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai dakwaan sebuah syarikat memiliki monopoli ke atas bekalan ubat-ubatan di negara ini, kata menterinya Dr Dzulkefly Ahmad.
"Kementerian tiada masalah (siasatan oleh SPRM)...tetapi mesti ada bukti dan bukannya tuduhan begitu sahaja," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2018 di Seri Perdana di sini hari ini.
Beliau berkata kementeriannya memberi perhatian terhadap tuduhan monopoli ubat-ubatan itu, sambil menambah "jika ada salah laku, maka SPRM akan mengambil tindakan".
Katanya lagi, kementerian kesihatan mahu melakukan yang terbaik dengan tadbir urus yang bertanggungjawab.
"Kita kena tahu pasaran ada sentimen dan kena jaga semua pihak. Andai berlaku salah laku, pihak SPRM akan bertindak," katanya.
Dr Dzulkefly berkata kementeriannya akan sentiasa memperbaiki perkhidmatan supaya dapat memberi bekalan ubat kepada rakyat pada harga yang nilai untuk wang.
Menurut laporan akhbar, sebelum ini Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil, dari PKR, menulis di Twitternya, meminta Dr Dzulkefly memecahkan sebarang monopoli ubat-ubatan oleh syarikat yang dimiliki ahli politik dari pentadbiran sebelum ini.
Pada Rabu, sebuah portal membuat pendedahan mendakwa syarikat yang dikaitkan dengan ahli politik yang rapat dengan kerajaan dulu mengawal bekalan ubat bernilai berbilion ringgit.
Menurut laporan yang memetik sumber itu, monopoli yang dimiliki syarikat itu mungkin menjadi punca peningkatan kos ubat-ubatan yang dibekalkan ke hospital dan klinik kerajaan seluruh negara.
Mengenai sambutan Hari Raya tahun ini, Dr Dzulkefly berkata seramai 80,000 kehadiran pengunjung membuktikan semangat perpaduan yang membara di kalangan rakyat.
Beliau yakin sambutan Hari Merdeka dan Hari Malaysia akan diraikan dengan satu letupan patriotism yang akan memberi lonjakan dalam membina semula negara, ekonomi dan memperkukuhkan perpaduan.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 15 2018
"jika ada salah laku, maka SPRM akan mengambil tindakan," kata Dr Dzulkefly. - Gambar fail
Perkhidmatan komuter percuma sempena Program MADANI Rakyat Zon Utara
Langkah itu bagi memudahkan pengunjung di utara tanah air untuk datang memeriahkan program yang berlangsung tiga hari bermula Jumaat itu.
Nur Shazrin masih plilhan utama ke Paris - MSA
MSA tidak mahu menekan 'butang panik' selepas atletnya Nur Shazrin berdepan kemungkinan terlepas aksi di Sukan Olimpik Paris 2024 berikutan kecederaan berulang pada tangan kanannya.
PRK KKB: Jangan mengundi ikut emosi - Azalina
Sebaliknya, beliau berkata, pengundi perlu melihat kepada rekod perkhidmatan penyandangnya yang telah melaksanakan tugasnya dengan baik.
Microsoft labur AS1.7b di Indonesia untuk teknologi awan dan AI
Microsoft bakal melabur AS$1.7 bilion dalam tempoh empat tahun akan datang bagi pembangunan infrastruktur awan dan kecerdasan buatan di Indonesia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Satya Nadella
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Nadella sebagai berkata, pelaburan itu merupakan yang terbesar dalam sejarah 29 tahun Microsoft di negara itu.
Haiwan turut berisiko hadapi 'strok haba'
Gelombang haba yang melanda seluruh dunia memperlihatkan kesan jelas terhadap alam serta hidupan di muka bumi ini. Di Bangladesh misalnya, pengusaha-pengusaha kedai haiwan mencuba sedaya upaya untuk memastikan haiwan peliharaan di kedai mereka tidak mati dalam cuaca ekstrem ini.
Malaysia tewas 2-3 kepada Denmark pada aksi akhir kumpulan D
Malaysia dan Denmark masing-masing sudah pun melayakkan diri ke suku akhir selepas mencatat kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong dan Algeria.
Fungsi JAKIM, Kementerian Perpaduan Negara berbeza - mohd na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegaskan fungsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) adalah berbeza dengan Kementerian Perpaduan Negara (KPN).
Sultan Nazrin dilantik pengerusi bagi tempoh dua tahun
Sultan Perak Sultan Nazrin Shah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 9 Mac 2024 hingga 8 Mac 2026.
JKN Terengganu siasat dakwaan kes keracunan makanan
Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu sedang menyiasat dakwaan kes keracunan makanan selepas dipercayai menjamah sejenis kuih membabitkan beberapa individu termasuk kanak-kanak.
Remaja warga asing samun, menyamar pegawai polis ditahan
Polis menahan remaja lelaki pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) kerana disyaki terbabit dengan kegiatan samun dan menyamar sebagai anggota polis.
Elaun doktor lokum di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dibayar serta-merta - Dr Dzul
Elaun doktor lokum di fasiliti penjagaan kesihatan awam akan dibayar serta-merta dan dikekalkan pada kadar RM80 sejam.
Cadangan wujud kawasan khas merokok belum dimuktamad - Dr Dzulkefly
Syor bagi mewujudkan kawasan khas merokok khususnya di premis makanan yang mempunyai kawasan sempit masih belum dimuktamadkan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Doktor kontrak: KKM masih tunggu perincian skim baharu - Dr Dzulkefly
KKM masih menunggu perincian tentang pelaksanaan sistem kontrak baharu membabitkan penjawat awam, khususnya golongan doktor di negara ini.
Infrastruktur, sumber manusia Hospital Selayang ditambah baik - Dr Dzulkefly
Antara permasalahan yang dikenal pasti adalah Sistem Maklumat Hospital Bersepadu yang sudah tergendala sekian lama.
Jumlah kes COVID-19 dijangka menurun Januari ini
Jumlah kes jangkitan wabak COVID-19 dijangka menurun bulan hadapan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
COVID-19: KKM saran dos penggalak ketiga untuk golongan rentan
KKM menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin COVID-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi berikutan peningkatan kes kebelakangan ini.
Biarpun kecewa, Dr Dzul tetap sokong RUU Kawalan Produk Merokok 2023
Pengguguran klausa GEG akan menyukarkan pengurangan kadar aktiviti merokok Malaysia daripada 21% kepada bawah 5% menjelang 2045.
Kerajaan disaran laksanakan sistem penggal tetap Parlimen
Ia bagi memastikan sesebuah kerajaan yang dibentuk selepas pilihan raya dapat mengekalkan mandat rakyat selama lima tahun.
Adakah Malaysia bersedia gelombang baharu COVID-19?
Katanya, ramai rakyat China disahkan positif sejurus pemeriksaan dibuat ketika mereka tiba di Lapangan Terbang Milan, baru-baru ini.
PRU15: Izinkan Perdana Menteri selesaikan tugas untuk rakyat dahulu - Dr Dzul
PM tidak sewajarnya ditekan oleh pimpinan UMNO untuk membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada PRU15, kata Dr Dzulkefly.