awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Elon Musk cipta rekod baharu dengan nilai kekayaan AS$852.5 bilion
Sembilan ekar Hutan Simpan Kuala Langat masih terbakar - JBPM Selangor
Nilai transaksi SARA cecah RM4.8 bilion sepanjang 2025 - Amir Hamzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat

Bernama
Bernama
12/05/2024
21:45 MYT
Dr Dzulkefly komited selesai isu gaji, kebaikan jururawat
Dr Dzulkefly menzahirkan komitmen beliau untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan jururawat di negara ini terutama membabitkan isu gaji dan kebajikan mereka. - Gambar fail Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menzahirkan komitmen beliau untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi golongan jururawat di negara ini terutama membabitkan isu gaji dan kebajikan mereka.
Beliau berkata, kerjaya jururawat adalah tulang belakang dalam memastikan kelancaran sistem perkhidmatan kesihatan kepada seluruh rakyat.
"Selaku Menteri Kesihatan, saya sangat sedar, insaf dan amat empati terhadap pelbagai masalah profesion ini termasuk gaji, saraan, kerjaya, kebajikan serta tugasan yang masih belum tuntas diselesaikan.
"Saya komited untuk tangani semua ini... berikan saya sedikit waktu,” katanya menerusi hantaran di Facebook sempena sambutan Hari Jururawat Antarabangsa dan ulang tahun kelahiran Florence Nightingale pada Ahad.
Dr Dzulkefly turut mengucapkan penghargaan kepada seluruh warga kejururawatan di Malaysia khususnya di Kementerian Kesihatan dan berharap supaya mereka terus maju serta berjaya dalam menjalankan amanah mulia itu.
Menerusi hantaran berasingan, beliau merakamkan ucapan Selamat Menyambut Hari Ibu khususnya untuk golongan itu dalam kalangan doktor, jururawat dan petugas kesihatan.
"Anda bukan sahaja menjaga keluarga dengan penuh kasih sayang malah menjaga kesihatan seluruh rakyat Malaysia dengan penuh kesabaran. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati seluruh kaum ibu, diberikan mereka kesihatan, kebahagiaan dan kekuatan,” katanya. - Bernama
Topic Berkaitan
#isu jururawat
#Dr Dzulkefly Ahmad
#Menteri Kesihatan
#Hari Jururawat Antarabangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan