JAKARTA: Delegasi usahawan wanita Malaysia mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Republik Indonesia, Bapa Teten Masduki di pejabatnya pada Khamis.
Usawahan-usahawan Malaysia itu diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif USANITA Sdn Bhd, Datuk Adzliana Prof Datuk Sri Dr Hasan.
Adzliana berkata, pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk kolobrasi bersama dalam bidang keusahawanan termasuklah program 'Bridge to Brilliance' yang dianjurkan oleh pihaknya.
"Bapa Teten telah mendengar dan menyambut baik konsep program “Bridge to Brilliance” yang dibentangkan oleh kami.
"Beliau melihat pelaksanaan program ini merupakan satu bentuk kerjasama yang baik memandangkan Indonesia juga sangat giat membangunkan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negaranya.
"Program ini merupakan satu usaha untuk menghubungkan Usahawan-usahawan Kecil dan Menengah (UKM) di Indonesia; kalau di Malaysia kita panggil Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS)," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Adzliana berkata, usahawan daripada kedua-dua negara akan bersama-sama berkongsi idea digital, pengurusan masyarakat tanpa tunai (cashless) serta peluasan pasaran dalam program padanan ini.
Katanya, kelebihan Indonesia adalah mereka mempunyai kekayaan natural resources serta populasi rakyat yang besar.
"Saya dan Bapak Teten berkongsi hasrat yang sama. Kami ingin melihat Malaysia dan Indonesia berganding bahu dalam membangunkan sosioekonomi masyarakat antara dua negara di rantau Asean ini.
"Pertemuan ini telah mencapai matlamat USANITA untuk menjalinkan kerjasama dengan Indonesia dalam membangunkan usahawan di kedua-dua negara," katanya.
Tambahnya, USANITA telah dijemput untuk hadir pada Program Rasmi Usahawan Indonesia pada 28 November ini yang akan melibatkan lebih 120 pemain industri pemula.
Berdasarkan Global Entrepreneurship Monitor, jumlah usahawan wanita di Indonesia mencapai 14 peratus daripada populasi Indonesia.
Astro Awani
Fri Nov 17 2023
Ketua Pegawai Eksekutif USANITA, Datuk Adzliana Prof Datuk Sri Dr Hasan berbincang dengan Menteri Koperasi dan Usaha Kecil dan Menengah Republik Indonesia Bapak Teten Masduki. - Gambar ihsan USANITA
[TERKINI] Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden pada Jumaat menyeru Hamas untuk bersetuju dengan tawaran baharu daripada Israel untuk pembebasan tebusan sebagai pertukaran untuk gencatan senjata Gaza.
Semua anggota perubatan MERCY Malaysia berjaya dibawa keluar dari Rafah
Wisma Putra memaklumkan, keenam-enam anggota dibawa keluar dari zon konflik secara berkumpulan bersama kakitangan antarabangsa yang lain.
Biden seru Hamas setuju perjanjian gencatan senjata
Katanya, ini pentas untuk penyelesaian politik yang menyediakan masa depan yang lebih baik untuk Israel dan Palestin.
FAMA anjur karnival Agro MADANI di enam lokasi tahun ini
FAMA menyasarkan 235,000 pengunjung dan 450 usahawan akan menerima manfaat menerusi penganjuran Karnival Agro MADANI @Pasar Tani Kekal (PTK) di seluruh negara tahun ini.
MITRA serah 10 mesin layan diri bantu masyarakat India Kelantan jana pendapatan
Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) menyerahkan mesin layan diri kepada 10 usahawan India Muslim golongan B40 negeri ini sebagai usaha untuk menjana pendapatan golongan berkenaan.
Kerjasama pihak berkepentingan kunci keberkesanan pelaksanaan NSS
Malaysia kini giat memacu usaha bagi merancakkan industri semikonduktor selain bersedia terhadap lonjakan berteraskan kecerdasan buatan (AI) dari segi permintaan cip berkuasa tinggi.
Jemaah perlu bersedia mental, fizikal, kerohanian untuk kerjakan ibadah haji - Tun Juhar
Jemaah diharap dapat bersabar, bertoleransi, berkasih-sayang sesama saudara Islam tanpa mengira warna kulit, bahasa, adat resam dan budaya.
Keuntungan bersih suku pertama CIMB naik 17.7 peratus kepada RM1.94 bilion
Hasil kumpulan perbankan itu turut meningkat kepada RM5.63 bilion daripada RM5 bilion sebelumnya.
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya pulih selepas alami gangguan
Perkhidmatan MRT Laluan Putrajaya mengalami kelewatan jadual perkhidmatan bermula 7.22 malam akibat gangguan sistem persemboyanan.
Tawaran Sarawak untuk jadi antara venue Sukan SEA 2027 terima maklum balas positif
Perkara itu hasil beberapa mesyuarat yang diadakan setakat ini dengan Kerajaan Persekutuan.
Kementerian Koperasi dan UKM Indonesia sambut baik usaha USANITA
Pertemuan hampir sejam itu tertumpu kepada perbincangan untuk kolobrasi bersama dalam bidang keusahawanan termasuklah program 'Bridge to Brilliance' yang dianjurkan oleh pihaknya.