awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mesyuarat pertama Jawatankuasa Pentadbiran Gaza bermula di Kaherah
Pas, Bersatu nafi dakwaan provokasi politik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Luar sahkan seorang rakyat Malaysia hilang di Sumatera Barat

Bernama
Bernama
30/11/2025
02:30 MYT
Kementerian Luar sahkan seorang rakyat Malaysia hilang di Sumatera Barat
Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson hilang dipercayai terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia pada 27 Nov lepas. - Gambar fail Bernama
PUTRAJAYA: Kementerian Luar Negeri mengesahkan seorang rakyat Malaysia, Asrul Nizam Apridwson, 30, hilang dipercayai terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Padang Panjang, Sumatera Barat, Indonesia pada 27 Nov lepas.
Kementerian dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan akan terus berhubung dengan Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Indonesia, Badan Penanggulangan Bencana Daerah (BPBD) Sumatera Barat, dan polis tempatan (Polres Padang Panjang) untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat.
Ia juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di Sumatera Barat untuk sentiasa mengikuti semua arahan daripada pihak berkuasa tempatan serta menjauhi zon terdedah kepada tanah runtuh dan banjir, terutamanya laluan Padang-Bukittinggi di kawasan Lembah Anai, yang masih ditutup.
"Rakyat Malaysia yang kini berada di kawasan terjejas dinasihatkan untuk mendaftarkan kehadiran mereka dengan Konsulat Jeneral bagi memudahkan pemberian bantuan dan komunikasi yang tepat pada masanya," menurut kenyataan itu.
Konsulat Jeneral Malaysia di Medan boleh dihubungi melalui talian +62 823-6164-6046 , yang beroperasi secara 24 jam atau e-mel kepada: [email protected].
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tanah runtuh sumatera
#padang panjang
#rakyat Malaysia hilang
#Asrul Nizam Apridwson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan