awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pengasuh mengaku salah aniaya dua bayi di taska
Kerajaan Negeri Selangor putuskan ternakan babi berpusat di Bukit Tagar
Harimau Malaya di ambang kepupusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian nafi ada usaha lantik bukan Orang Asli jadi KP JAKOA

Astro Awani
Astro Awani
19/05/2021
10:08 MYT
Kementerian nafi ada usaha lantik bukan Orang Asli jadi KP JAKOA
Menurut Abd Latiff, pencalonan Ketua Pengarah JAKOA dijalankan mengikut prosedur ditetapkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong, seperti yang termaktub dalam Seksyen 5, Akta 134, Akta Orang Asli 1954. - Gambar BERNAMA
PUTRAJAYA: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) menafikan dakwaan wujudnya gerakan melantik individu bukan daripada kalangan masyarakat Orang Asli untuk memegang jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) yang baharu.
Menterinya, Datuk Abd Latiff Ahmad berkata, kementerian dalam proses mengenal pasti calon bersesuaian untuk mengisi jawatan tersebut yang kini masih lagi kosong.
Justeru, katanya, dakwaan Ahli Parlimen Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor yang tular baru-baru ini, adalah tidak benar kerana setakat ini proses perbincangan dan penelitian masih berjalan.
“Pencalonan Ketua Pengarah JAKOA dijalankan mengikut prosedur ditetapkan di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong, seperti yang termaktub dalam Seksyen 5, Akta 134, Akta Orang Asli 1954.
“Walau bagaimanapun, masyarakat Orang Asli sentiasa menjadi pilihan utama KPLB untuk dicalonkan sebagai Ketua Pengarah.
“Ia selaras dengan Perlembagaan Persekutuan Perkara 8 (5)(C) untuk melantik Orang Asli daripada jawatan-jawatan bersesuaian dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, pemilihan calon tidak dibuat secara rawak tetapi berdasarkan kepakaran termasuk pengalaman yang luas dan mahir dalam pelbagai aspek.
“Ia termasuklah pentadbiran jabatan, pengurusan kewangan, pengurusan projek pembangunan dan sosioekonomi serta mempunyai jaringan kerjasama yang erat di antara jabatan di peringkat Persekutuan, negeri mahupun pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” ujarnya.
Jawatan Ketua Pengarah JAKOA kosong selepas Prof Juli Edo bersara pada April 2021.
Topic Berkaitan
#KPLB
#Orang Asli
#JAKOA
#Ketua Pengarah
#KP
#Cameron Highlands
#Parlimen
#calon
#pemilihan
#Yang di-Pertuan Agong
#kerajaan
#nafi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan