awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pendidikan diminta terus ambil berat guru 'duka lara'

Bernama
Bernama
16/05/2017
07:07 MYT
Kementerian Pendidikan diminta terus ambil berat guru 'duka lara'
Kementerian Pendidikan diminta untuk terus mengambil berat terhadap guru yang memohon untuk bertukar tempat mengajar supaya berdekatan dengan keluarga mereka, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Kementerian Pendidikan diminta untuk terus mengambil berat terhadap guru yang memohon untuk bertukar tempat mengajar supaya berdekatan dengan keluarga mereka, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata beliau memahami keluh kesah guru yang terpaksa berjauhan dengan keluarga kerana ia bukan sahaja menjejaskan emosi bahkan produktiviti kerjaya mereka.
"Bagaimana produktiviti akan meningkat kalau kita terpisah emosi dan minda daripada keluarga atau orang yang kita kasihi.
"Kepedulian terhadap keperluan guru-guru perlu difahami dan saya yakin, Kementerian Pendidikan dan Menterinya ikhlas terhadap perkara ini," katanya berucap merasmikan Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 2017 di Kompleks Sukan Educity, di sini hari ini.
Ahmad Zahid berkata terdapat 22,000 guru 'duka lara' memohon untuk berpindah tempat mengajar dengan 9,000 orang daripadanya sudah 'dicantumkan' semula dengan keluarga mereka setakat ini.
Selain masalah guru 'duka lara', beliau berkata kebajikan guru-guru berumur 40 tahun ke bawah juga merupakan perkara yang perlu diambil peduli.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, sebagai seorang yang pernah menjadi guru kelas tambahan dan kelas malam serta merupakan anak guru, beliau amat memahami tugas golongan tersebut.
"Kita harus melihat golongan 48.7 peratus guru di bawah 40 tahun ini. Perasaan mereka harus diambil peduli, minda mereka harus difahami, kementerian harus buka mata," katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid turut menyokong Kementerian Pendidikan yang meminta Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mempercepatkan kelulusan menaikkan gred jawatan sebahagian Pengarah Pendidikan Negeri daripada Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) C ke JUSA B.
Menurut Ahmad Zahid, keprihatinan sama juga perlu diberikan kepada Pegawai Pendidikan Daerah, Pengetua dan Guru Besar serta Guru Penolong Kanan.
Pada majlis berkenaan, Ahmad Zahid turut menyampaikan Anugerah Ikon Guru Inovatif Kebangsaan kepada guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Bukit Maluri, Kuala Lumpur, Zainuddin Zakaria.
Bekas Pengetua Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu, Negeri Sembilan, Khuzaimah Sulaiman pula dianugerahkan Tokoh Guru Kebangsaan 2017 manakala bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Sufa''at Tumin sebagai Tokoh Kepimpinan Pendidikan.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#guru
#keluarga
#Kementerian Pendidikan
#produktiviti
#profesion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan