Kementerian Pendidikan melancarkan Sistem Pengeluaran dan Pengesahan Universiti (e-Scroll) bagi mengatasi masalah ijazah palsu sekali gus memelihara dan menjaga kualiti pendidikan tinggi di negara ini.
Dalam satu kenyataan di sini, Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Datin Paduka Ir Dr Siti Hamisah Tapsir berkata Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini menggunakan sistem itu pada istiadat konvokesyen esok.
Sistem e-Scroll yang menggunakan teknologi Blockchain dibangunkan oleh satu konsortium disertai enam universiti awam yang diketuai UIAM susulan rumusan daripada Majlis Dekan-dekan ICT universiti-universiti Malaysia pada Januari lalu, katanya.
Lima lagi universiti ialah Universiti Utara Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Terengganu dan Universiti Teknologi Mara.
Siti Hamisah berkata langkah memperkenalkan e-Scroll dibuat berikutan peningkatan bilangan ijazah palsu yang boleh didapati dengan mudah menerusi Internet.
Menurutnya sistem e-Scroll antara lain mempunyai ciri-ciri kod QR yang dicetak pada ijazah sekali gus membolehkan proses pengesahan ijazah dapat dilakukan di mana-mana sahaja yang mempunyai jaringan Internet.
"... prosesnya boleh dilakukan dengan segera," katanya.
Susulan pelancaran sistem itu, Kementerian Pendidikan menggalakkan universiti dan institusi pengajian tinggi lain di Malaysia agar segera menyertai konsortium dan menggunakan sistem tersebut.
"Dalam jangka masa panjang, konsortium juga harus menawarkan penyelesaian berasaskan Blokchain standard yang berpotensi untuk menjana pendapatan kepada universiti-universiti terbabit," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 09 2018
Susulan pelancaran sistem itu, Kementerian Pendidikan menggalakkan universiti dan institusi pengajian tinggi lain di Malaysia agar segera menyertai konsortium dan menggunakan sistem tersebut. - Gambar hiasan
Bukan rombak satu FAM
Ridzuan menegaskan rombakan tersebut tidak perlu dilakukan untuk semua jawatan dalam badan induk bola sepak negara itu.
Wanita mengamuk kerana straw
Pihak berkuasa telah mengambil tindakan terhadap wanita itu yang juga berdepan tuduhan menghina secara peribadi.
KLK selesai bayar balik yuran susulan dakwaan ambil buruh secara tidak beretika
Ia susulan dakwaan terbaharu mengenai amalan pengambilan pekerja yang tidak beretika oleh sub-ejen SOS Manpower Service di Nepal.
AS sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Kebanyakan tindakan tidak berperikemanusiaan itu dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki Israel.
AWANI Pagi: Cabaran perjalanan wanita menuju Al-Haramain
Diskusi 7:30 pagi Selasa bersama Dr Azlinariah Abdullah, Editor/Penerbit Astro Awani & Petugas Media TH Musim 1445H/2024M dan Alisha Nur Mohd Noor, Petugas TH Musim 1445H/2024M berkongsi mengenai jangkaan cabaran perjalanan Muslimah menuju ke Tanah Suci semasa musim panggilan haji tahun ini.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Menteri Luar Israel memberi amaran kepada kedutaan Israel untuk meningkatkan keselamatan kerana risiko "gelombang antisemitisme yang teruk".
Dua pegawai atasan syarikat pembekalan air Johor ditahan SPRM
Kedua-dua lelaki berusia 36 dan 40 tahun tersebut ditahan di pejabat SPRM Selangor kira-kira jam 2 petang Isnin.
Israel bunuh 40 rakyat Palestin ketika rundingan gencatan senjata bermula
Daripada jumlah itu, lebih separuh maut di bandar Rafah di selatan Gaza di mana ia meranapkan tiga buah rumah.
Banyak respons positif terhadap pelaksanaan VAR - Stuart
Ia berdasarkan maklum balas dikumpul selepas lapan perlawanan pramusim pasukan Liga-M yang menguji pelaksanaan sistem VAR baru-baru ini.
A.S sahkan 5 unit Israel cabul hak asasi sebelum perang
Amerika Syarikat mendapati lima unit pasukan keselamatan Israel bertanggungjawab atas pencabulan hak asasi manusia, pada Isnin.
Kementerian Pendidikan lancar e-Scroll atasi ijazah palsu
UIAM menjadi institusi pengajian tinggi pertama di negara ini menggunakan sistem itu pada istiadat konvokesyennya.