awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesir umum pengeluaran minyak baharu dari medan Teluk Suez
Mariah Carey bakal nyanyi lagu Itali pada upacara pembukaan Sukan Olimpik Musim Sejuk
KDN selesai lebih 12,000 permohonan dokumen pengenalan diri penduduk pedalaman Sarawak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Pendidikan nafi pelajar disuruh makan di tandas

T K Letchumy Tamboo
T K Letchumy Tamboo
24/07/2013
10:28 MYT
Kementerian Pendidikan nafi pelajar disuruh makan di tandas
Kementerian Pendidikan hari ini menafikan bahawa pelajar-pelajar bukan Islam dari sebuah sekolah di Sungai Buloh diarahkan untuk makan di tandas.
Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud berkata demikian setelah siasatan ke atas kejadian tersebut dijalankan semalam sejurus laporan mengenainya tersebar di laman media sosial.
“Siasatan yang dijalankan oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPN) dan Kementerian Pendidikan Malaysia mendapati dakwaan tersebut tidak benar.
“Sebenarnya murid-murid berkenaan makan di bilik persalinan yang telah diubahsuai oleh pihak sekolah untuk dijadikan bilik rehat sejak bulan Mac 2013,” kata beliau dalam satu kenyataan media.
Siasatan turut mendapati bilik tersebut digunapakai oleh semua murid dan guru sekolah dan bukan hanya dikhaskan untuk murid bukan Islam sahaja.
Menurut Ghafar, Kementerian Pendidikan Pendidikan berpuashati bahawa pihak sekolah telah mengambil langkah yang wajar dengan mengubahsuai bilik persalinan tersebut memandangkan kantin sedia ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ramai.
“Tambahan pula, sepanjang bulan Ramadan kantin sekolah ditutup untuk kerja-kerja pembaikan."
Semalam, SK Seri Pristana telah dilaporkan mengarahkan semua pelajarnya yang bukan Islam makan dan minum di tandas pada waktu rehat.
Isu itu timbul setelah gambar insiden tersebut disebarkan menerusi laman media sosial, Facebook oleh salah seorang ibu bapa pelajar sekolah tersebut.
Isu itu telah menimbulkan rasa tidak puas hati ibu bapa.
Topic Berkaitan
#kantin
#pelajar bukan Islam
#Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud
#tandas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan