Skip to main content

Malaysia

SPRM beku beberapa akaun bank Padini, anak syarikat susulan siasatan

PUTRAJAYA, 3 Sept -- Logo Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). 
--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank Padini Holdings Bhd (Padini) dan anak syarikatnya yang berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan. 

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membekukan beberapa akaun bank Padini Holdings Bhd (Padini) dan anak syarikatnya yang berkaitan dengan siasatan yang sedang dijalankan.  

Menurut peruncit pakaian itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, akaun tersebut telah dibekukan di bawah Seksyen 44(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Aktiviti Haram 2001.

Advertisement

“Syarikat ini sedang membantu dalam siasatan yang sedang dijalankan, dan akaun yang terjejas tidak digunakan secara aktif untuk operasi harian kumpulan itu,” kata Padini.

Kumpulan itu juga mempunyai akses kepada kemudahan perbankan lain bagi menyokong operasi harian perniagaannya yang berterusan. 

“Berdasarkan maklumat yang ada pada masa ini, lembaga pengarah berpendapat bahawa pembekuan akaun-akaun tersebut dijangka tidak akan memberi impak kewangan dan operasi secara material kepada kumpulan itu,” katanya. 

Menurut Padini, syarikat itu sedang mengambil langkah yang perlu untuk berhubung dengan pihak berkuasa berkaitan dan akan memberikan kerjasama penuh untuk membantu siasatan.

-- BERNAMA 

 

Must Watch Video