Kementerian Pengangkutan akan membuka tender projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT 2), kata Menterinya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.
Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata langkah berkenaan diambil setelah mempertimbangkan hasil penelitian dan penyelidikan menyeluruh yang mendapati kos projek berkenaan di bawah Dhaya Maju-LTAT Sdn Bhd (DM-LTAT) terlalu tinggi semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH).
Sehubungan itu, beliau berkata proses bidaan untuk projek berkenaan akan dilakukan secara tender terbuka mengikut prosedur yang betul, bukannya secara rundingan terus seperti yang dilakukan sebelum ini.
"Bagi mengoptimumkan penggunaan dana awam untuk projek infrastruktur berskala besar, Kerajaan (Perikatan Nasional-PN) telah menyemak dengan teliti projek tersebut demi manfaat negara.
"Lantaran itu, saya ingin mengumumkan bahawa tender untuk projek Landasan Berkembar Lembah Klang atau KVDT 2 akan dibuka, sebagaimana dipersetujui Kabinet," katanya dalam kenyataan itu.
Wee berkata pada 5 Julai 2019, kerajaan PH telah memutuskan untuk meneruskan projek tersebut dengan kontraktor DM-LTAT pada kos 15 peratus lebih rendah daripada RM5.265 bilion kepada RM4.475 bilion iaitu RM789.750 juta termasuk pengurangan skop kerja.
Bagaimanapun, pada Oktober 2018, perunding yang ditugaskan oleh kementerian, Opus Consultants (anak syarikat Khazanah Nasional Bhd) telah mengemukakan Laporan Kajian Profesional (PPR) yang mendapati kos projek tersebut dianggarkan hanya RM3.398 bilion berdasarkan skop kerja DM-LTAT yang asal.
"Maklumat ini tidak pernah dimaklumkan kepada Kabinet pada masa itu," katanya.
Wee berkata susulan itu, Kabinet PN telah bersetuju bahawa pelaksanaan projek dengan bersandarkan kepada rundingan terus adalah tidak boleh diteruskan.
"Sehubungan itu, proses bidaan untuk projek ini akan dilakukan secara tender terbuka mengikut prosedur yang betul, bukannya secara rundingan terus seperti yang dilakukan sebelum ini," katanya.
Wee berkata Perunding Pemeriksaan Berkecuali (ICC) akan dilantik sebelum kontraktor baharu dapat melaksanakan skop kerja yang diperlukan, untuk memendekkan tempoh pembinaan projek dari tujuh tahun kepada lima tahun.
"Ini adalah penting dan diperlukan kerana projek ini akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada kira-kira 80,000 pengguna Komuter setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Aug 29 2020

Kementerian Pengangkutan akan membuka tender projek Landasan Berkembar Lembah Klang (KVDT 2). -Gambar fail
Houthi umum sekatan maritim pelabuhan Haifa, Israel
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman umum sekatan maritim ke atas pelabuhan Haifa di Israel pada Isnin.

Israel benarkan bantuan ke Gaza, PBB sifatkan "setitis dalam lautan"
Lima lori bantuan yang membawa makanan bayi dan bekalan asas telah dibenarkan memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom pada Isnin.
Britain, Perancis, Kanada ugut Israel henti serangan di Gaza
Pemimpin tertinggi Britain, Perancis dan Kanada pada Isnin mengeluarkan kenyataan bersama memberi amaran kepada Israel agar menghentikan serangan ketenteraan terbaharu di Gaza dan menarik balik sekatan bantuan kemanusiaan.
Sepanyol desak Israel dikecualikan daripada acara budaya
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, pada Isnin menggesa agar Israel dikecualikan daripada menyertai acara budaya antarabangsa seperti pertandingan Eurovision susulan kempen ketenteraan negara itu di Gaza.

Jejak Al-Haramain: Che Lah sempat bergambar sebagai kenangan
Allahyarham suka bergambar sejak di Madinah lagi dan sering menggunakan alasan sebagai kenangan peribadi.
Kementerian Perpaduan Negara lulus RM2.1 juta untuk program misi Sukarelawan Siswa
Kementerian Perpaduan Negara meluluskan RM2.1 juta bagi memperkasa program MADANI Berkhidmat Sukarelawan Siswa dan inisiatif kesukarelawanan di dalam dan luar negara.
ASEAN ambil langkah tubuh dana monetari, perkukuhkan kewangan serantau
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan negara anggota ASEAN sedang menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangan serantau sendiri bagi mengukuhkan kestabilan kewangan dan mengurangkan kebergantungan kepada mata wang asing.
ASEAN ulangi komitmen perkukuh keselamatan kesihatan global - Dzulkefly Ahmad
ASEAN ulangi komitmen perkukuh keselamatan kesihatan global - Dzulkefly Ahmad

Jejak Al-Haramain: Che Lah suka sedekah
Sarifah Hassan masih terkejut, tetapi bersyukur kerana pemergian suaminya yang sangat diimpikan oleh mana-mana orang beriman.
[TERKINI] Buka tirai hari ini, tonjol inovasi aeroangkasa dan maritim terkini
Aset-aset pertahanan pelbagai negara yang menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

Kementerian Pengangkutan buka tender KVDT2 - Wee
Proses bidaan untuk projek berkenaan akan dilakukan secara tender terbuka mengikut prosedur yang betul, bukannya secara rundingan terus seperti yang dilakukan sebelum ini.