LABUAN: Kementerian Pengangkutan (MOT) mendapati Labuan amat berpotensi untuk dijadikan hab maritim serantau berikutan pembangunan industri maritim di kawasan itu.
Menterinya Datuk Seri Wee Ka Siong berkata Labuan yang terletak secara strategik di tengah-tengah Asia Tenggara dan kedalaman semula jadi perairannya boleh dibangunkan menjadi sebuah negeri ekonomi yang rancak.
"MOT berpendapat Labuan mempunyai ramuan untuk menjadi hab maritim di rantau ini, dan kita harus berusaha untuk merealisasikan rancangan ini.
"Kami mahu menjadikan Labuan sebagai pulau yang mampu merangsang ekonomi terutamanya dalam sektor berkaitan maritim untuk kesejahteraan rakyat di sini dan MOT berpendapat industri maritim boleh menjana aktiviti ekonomi untuk penduduk Labuan," katanya selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian dasar induk antara Victoria STS Sdn Bhd dan Fendercare Marine Asia Pacific Pte Ltd berhubung kerjasama pemindahan kargo dari kapal ke kapal.
Beliau berkata perkhidmatan pemindahan kargo dari kapal ke kapal (STS) yang baru diperkenalkan di had pelabuhan Labuan di Teluk Victoria adalah bukti yang menunjukkan potensi pulau itu untuk menjadi hab maritim serantau.
"Apabila kami menerima penilaian penyelidikan (risk) marin (MRA) daripada pengendali STS, Victoria STS Sdn Bhd, kita dapat melihat potensi aktiviti maritim ini bagi menjana aktiviti ekonomi di Labuan.
"Dan setelah diberi taklimat oleh Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA) dan mengkaji secara menyeluruh aktiviti STS ini serta kesan ekonominya kepada masyarakat setempat, kami mengeluarkan permit kepada operator untuk menjalankan STS di perairan Labuan, yang agak jauh dari Labuan Liberty Wharf.
Wee berkata kementeriannya meluluskan enam kawasan dermaga untuk STS, bagi membolehkan 12 kapal induk mengendalikan STS pada satu-satu masa.
"Dengan enam kawasan dermaga yang diluluskan untuk STS, Labuan mempunyai antara kemudahan STS terbesar bersama pelabuhan lain di Semenanjung Malaysia seperti di Pelabuhan Klang, Pelabuhan Johor Tanjung Pelepas dan Pulau Bunting/Yan, Kedah.
"Dan antara potensi kelebihan kemudahan STS di Labuan ialah kawasan itu strategik dan dilindungi daripada cuaca yang tidak menentu dan bencana alam seperti taufan," kata Wee.
Beliau berkata perkhidmatan STS boleh menjadikan Labuan sebagai hab maritim, dengan rancangan jangka panjang daripada LPA untuk membangunkan lagi pelabuhan itu dalam masa terdekat.
Victoria STS yang berpangkalan di Labuan membuka lembaran baharu dalam pengendalian kargo, menjalankan operasi pemindahan minyak mentah dari kapal ke kapal (STS) buat kali pertama di had pelabuhan Labuan di Teluk Victoria pada 10 Mei.
Syarikat itu yang memiliki kepakaran dalam pengendalian luar pesisir bagi gas cecair dan kargo petroleum pukal, menerima lesen pertamanya pada 31 Julai, 2021 untuk menjalankan operasi STS bagi produk minyak dan gas cecair.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 20 2022
Labuan yang terletak secara strategik di tengah-tengah Asia Tenggara dan kedalaman semula jadi perairannya boleh dibangunkan. - Gambar fail
Sindiket beli ganja 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket itu membuat pesanan ganja yang diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadualkan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 (Rabu) sekali lagi ditangguhkan ke 26 April 2024 (Jumaat).
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunaikan umrah
Kerajaan Arab Sudi terus komited untuk mempermudahkan urusan umrah sekaligus dapat menggalakkan lebih ramau umat Islam mengerjakannya.
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Justeru itu, proses adaptasi teknologi terkini diperlukan bagi membolehkan pengurusan di lapangan mahupun di peringkat pembuatan dasar dapat dijalankan dengan cekap.
Hilal Azmi berkongsi rangkuman hari kedua Forum Umrah dan Ziarah 2024 yang diadakan di Madinah .
#ForumUmrahZiarah2024
Kempen ‘We Care For Society’ diteruskan untuk tahun kelima
Sepanjang Ramadan Hada Labo meneruskan kempen amal “We Care For Society” untuk tahun kelima menyumbang kepada golongan yang memerlukan di Malaysia.
Kerajaan Perpaduan tidak pernah tahan wartawan, tutup media - Fahmi
Menurut Fahmi, sehingga kini mana-mana wartawan masih boleh menulis laporan termasuk memberikan kritikan terhadap kerajaan.
Pengebumian jenazah Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal
Umavathi Ramayah membawakan perkembangan terkini pengebumian Allahyarham Leftenan Komander Wan Rezaudeen Kamal di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Kuala Lumpur.
Sindiket beli ganja hampir 100kg seminggu dari Thailand tumpas
Sindiket yang aktif sejak dua tahun lalu itu dikesan membuat pesanan ganja berharga antara RM800 hingga RM1,000, dan ia diseludup masuk ke negara ini dari Thailand dengan menggunakan perkhidmatan kurier.
MB Terengganu sedia kongsi kepakaran bantu siasatan nahas helikopter TLDM
Menteri Besar Terengganu, Datuk Ser Ahmad Samsuri Mokhtar sedia membantu dan berkongsi kepakaran sekiranya diperlukan dalam membantu menyiasat insiden dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Lumut, Perak.
Kabel bawah tanah rosak punca Labuan bergelap 20 jam
Kerosakan kabel bawah tanah milik Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) punca sebahagian Pulau Labuan bergelap selama 20 jam kelmarin.
Tiga pasukan petugas ditubuh pacu ekonomi Labuan
Tumpuan terhadap pembangunan pelancongan, pembinaan jambatan Labuan-Menumbok dan meningkatkan aktiviti pemindahan kargo kapal ke kapal.
Catuan bekalan elektrik di Sabah, Labuan babitkan 105,628 pengguna - SESB
Masalah itu terjadi disebabkan penjana kuasa bebas (IPP) Teluk Salut dan Rugading mengalami masalah teknikal.
SESB laksana catuan elektrik di Sabah dan Labuan
Situasi itu menyebabkan berlaku kekurangan kapasiti penjanaan sebanyak 967MW berbanding permintaan ketika waktu puncak iaitu 1,001MW.
Kilang kayu terbakar di Labuan
Sebuah kilang kayu dan pembuatan perabot, Seng Seng Woodwork Co yang beroperasi lebih tiga dekad, musnah dalam kebakaran hari ini.
Imigresen tahan enam pendatang tanpa izin di Labuan
Jabatan Imigresen (JIM) Labuan menahan enam pendatang tanpa izin dalam operasi dijalankan pada Khamis lepas dan semalam.
Pelaksanaan SST, tambang feri Labuan naik enam peratus
Tambang feri di Labuan akan mengalami sedikit peningkatan berikutan pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa hari ini.
Bangkai penyu hijau ditemukan di Pantai Nagalang
Bangkai spesies haiwan laut terancam itu ditemukan oleh staf restoran dan disyaki telah mati beberapa hari sebelumnya.
JWP peruntuk RM520,000 untuk projek komuniti, hakisan pantai di Labuan
RM200,000 diperuntuk bagi membina dinding penahan bagi menyelesaikan isu hakisan pantai dekat gerai makanan di Kampung Tanjung Aru Nelayan.
Cadangan loji jana kuasa di Labuan masih di peringkat awal - Petronas
Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berkata cadangan pembinaan loji jana kuasa baharu di Labuan masih di peringkat awal.