KUALA LUMPUR: Malaysia telah menerima set pertama Tren Elektrik (ETS3) bagi perkhidmatan Landasan Berkembar Elektrik Gemas-Johor Bahru, semalam.
ETS3 itu diserahkan China Railway Construction Corporation (CRCC) kepada Kementerian Pengangkutan (MOT) pada majlis penyampaian di Zhuzhou, Wilayah Hunan, China.
Menteri Pengangkutan Anthony Loke pada majlis itu berkata beliau gembira, kerana projek ETS3 berjalan lancar dan berharap agar set seterusnya dapat dihantar dan disiapkan mengikut waktu.
"Apabila siap menjelang tahun depan, kita akan memulakan perkhidmatan ETS dari Kuala Lumpur Sentral sampai ke Johor Bahru dengan siapnya landasan Johor Bahru-Gemas nanti.
"Tunggu perkhidmatan ini sampai dan kami akan memberikan khidmat terbaru kepada rakyat Malaysia," katanya menerusi video yang dikongsikan MOT kepada media Malaysia hari ini.
Sementara itu, Loke dalam ucapannya pada majlis itu berkata kereta api ETS3 baharu itu, berkapasiti 312 tempat duduk dengan 36 untuk kelas perniagaan dan 276 tempat duduk standard.
"Saya dimaklumkan, lapan kereta api akan dipasang di Malaysia selain dua set pertama yang akan dihantar dari Zhuzhou, China," katanya.
Loke berkata penghantaran untuk semua kereta api itu ditetapkan pada 12 Ogos tahun depan, dan ETS3 akan digunakan untuk landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru serta keseluruhan Rangkaian Rel Pantai Barat dari Padang Besar di Utara, ke Johor Bahru di Selatan.
Beliau berkata kereta api baharu itu akan menjadi transformasi kepada perjalanan di Malaysia.
Loke juga menyifatkannya sebagai pengubah keadaan untuk berjuta-juta rakyat Malaysia, kerana masa perjalanan antara Kuala Lumpur dan Johor Bahru akan dikurangkan dengan banyak dan kebolehpercayaan dan keselamatan pengangkutan juga akan bertambah baik secara signifikan.
"Perlu juga dinyatakan bahawa usaha signifikan telah diambil bagi memastikan pengeluar tempatan Malaysia mendapat penyertaan dan faedah hasil kerjasama dengan CRRC di Malaysia," katanya.
Projek landasan berkembar elektrik Gemas-Johor Bahru merangkumi landasan sepanjang 192 kilometer dan 11 hentian. Ia akan melalui empat daerah utama di Johor, termasuk Segamat, Kluang, Kulai, dan Johor Bahru, dengan stesen terakhir di JB Sentral.
Apabila siap perjalanan dari KL Sentral di Brickfields ke JB Sentral, akan mengambil masa tiga jam 30 minit pada kelajuan 140 kilometer sejam.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 08 2024
ETS3 diserahkan China Railway Construction Corporation kepada Kementerian Pengangkutan pada majlis penyampaian di Zhuzhou, Wilayah Hunan, China. - FB Anthony Loke
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Inisiatif penghantaran hijau tingkat potensi logistik di Lembah Klang - Loke
KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) – Sebagai langkah memperkukuh perkhidmatan logistik dan menyokong peralihan hijau, satu projek rintis menggunakan perkhidmatan Aliran Transit Ringan (LRT) unt
MOT tubuh jawatan kuasa koordinasi, kerah aset bantu misi banjir - Loke
Kementerian Pengangkutan menubuhkan jawatan kuasa petugas khas bagi mengkoordinasikan misi bantuan banjir terutama di Pantai Timur.
MRL diminta periksa kawasan banjir jika disebabkan pembinaan ECRL - Loke
Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) diminta segera memeriksa kawasan banjir khususnya di Pantai Timur sekiranya bencana itu disebabkan pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Syarat tambahan lesen memandu kepada warga emas? Kerajaan tidak akan terburu-buru - Anthony
Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam meletakkan syarat tambahan bagi pembaharuan lesen memandu kepada warga emas.
Enstek, Nilai berpotensi dibangunkan pusat logistik negara - Loke
Kerajaan Negeri Sembilan disaran menyediakan satu kawasan khusus di Nilai atau Enstek bagi pembinaan pusat logistik baharu negara ini.
Protokol ASEAN 5 perluas akses penerbangan, ekonomi antara negara anggota - Loke
Pemeteraian Protokol ASEAN 5 mampu meningkatkan sambungan udara dan perdagangan di rantau ini.
Petugas AeroDarat didakwa kasari penumpang NTL di KLIA digantung tugas
Tindakan itu bagi memberi laluan kepada ADS untuk menjalankan siasatan menyeluruh berhubung insiden itu.
Insiden renjatan elektrik: Penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas dihentikan - MOT
APAD menghentikan penggunaan semua soket elektrik tiga pin dalam bas susulan kematian seorang remaja berumur 18 tahun maut akibat renjatan elektrik.
Pendawaian elektrik bas ekspres tak teratur punca remaja maut akibat renjatan elektrik
Pendawaian elektrik pada bas yang tidak teratur dan dilakukan oleh pihak tidak mendapat tauliah daripada Suruhanjaya Tenaga antara punca insiden renjatan elektrik dalam sebuah bas ekspres.
Syarikat pengendali bakal berdepan penggantungan lesen operasi - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, tindakan ini akan diambil jika syarikat itu didapati tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.