SEPANG: Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027 sekali gus menjimatkan masa perjalanan dari Kota Bharu, Kelantan ke Kuala Lumpur dalam masa empat jam.
Menteri berkenaan Anthony Loke Siew Fook berkata projek berkenaan telah mencatat kemajuan sebanyak 64 peratus setakat Mac 2024 bagi keseluruhan jajaran yang merangkumi empat negeri iaitu Kelantan, Terengganu, Pahang dan Selangor.
"Projek ECRL telah memasuki fasa baharu pembinaan sejak 2023, dengan kerja-kerja infrastruktur juga merangkumi pemasangan rasuk jejambat, pemasangan landasan, pembinaan stesen dan pembinaan depot kereta api.
"Sepanjang 665 kilometer (km), projek infrastruktur kebangsaaan ini merangkumi lebih 1,900 tapak kerja dan hampir 650 sedang aktif dalam pelbagai aktiviti pembinaan," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Ramadan 2024 bersama warga Kementerian Pengangkutan, projek ECRL dan pihak berkepentingan ECRL di sini hari ini.
Katanya kerja-kerja pengorekan Terowong Berkembar Genting sepanjang 16.39km dengan kombinasi kaedah "gerudi dan letup" beserta mesin pengorek terowong telah mencapai kedalaman melebihi 8km bagi kedua-dua bahagian terowong.
"Ini bermakna Terowong Berkembar Genting dijangka dapat mencapai penembusan pada suku kedua 2025 sekali gus menjadikannya terowong rel terpanjang di Asia," katanya.
Loke berkata kerja-kerja jambatan projek ECRL juga berjalan lancar dengan pemasangan rasuk jejambat untuk 155 jambatan daripada jumlah keseluruhan 219 jambatan, telah berjaya disempurnakan setakat Februari 2024.
Beliau berkata kerja-kerja pemasangan landasan sejauh 92km telah siap pada akhir Februari 2024, iaitu sebulan lebih awal daripada yang dijadualkan.
Justeru, mesin pemasangan trek model 'CCPG-500A' yang canggih serta julung kali diguna pakai dalam industri rel di Malaysia, telah mula melaksanakan kerja-kerja pemasangan landasan ECRL bagi fasa kedua dari Kuantan Port City ke Maran di Pahang sejak 9 Mac lepas.
"Kerja-kerja pemasangan landasan fasa kedua sepanjang 97km ini dijangka siap pada Jun 2024, dan seterusnya membolehkan kerja-kerja pemasangan landasan dijalankan antara Dungun, Terengganu dan Kota Bharu.
"Selain itu, kerja-kerja pemasangan sistem elektrifikasi untuk kereta api ECRL akan bermula seawal Mei tahun ini di kawasan Stesen Cherating, Pahang dan disusuli dengan lokasi di mana pemasangan landasan telah siap," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 02 2024

Menteri Pengangkutan Anthony Loke ketika sidang media pada Lawatan Kerja ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan Tinjauan sempena Hari Raya Aidilfitri 2024 hari ini. - Foto BERNAMA
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya selepas kunjung Xi Jinping?
Ikuti diskusi bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School, Prof Dr Ahmed Razman Abdul Latiff.

Azizulhasni terima geran individu RM200,000
Geran tersebut merangkumi sokongan untuk pengurusan jurulatih, latihan, kejohanan, peralatan pertandingan, perubatan, dan sains sukan.
Robot dan manusia kongsi laluan dalam maraton
Bagi menambah baik prestasi humanoid, setiap pasukan membuat pelarasan bersesuaian untuk meningkatkan kebolehan robot berjalan jauh.
12 terbunuh dalam serangan di Wilayah Pesisir Ecuador
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dalam satu serangan bersenjata di sebuah gelanggang sabung ayam di wilayah pesisir Manabi, Ecuador, menurut pihak polis pada Jumaat.

Arab Saudi ingatkan jangan tunai haji tanpa permit
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi menekankan bahawa tiada jenis visa yang membenarkan seseorang menunaikan haji tanpa permit.

Banjir: 180 mangsa masih berlindung di pusat pemindahan di Johor dan Sabah
Di Johor, hanya 25 orang daripada sembilan keluarga masih berlindung di Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat setakat 4 petang ini.

Pemakaian lencana Jalur Gemilang langkah awal pembinaan negara - MCPF
Usaha itu perlu dimulakan daripada peringkat awal pendidikan dengan memberi penekanan terhadap pemahaman Perlembagaan Persekutuan.

Pelan pendidikan tinggi baharu dilancar tahun ini - Timbalan Menteri
Antara tumpuan pelan berkenaan adalah teknologi baharu, terutama berkaitan AI yang semakin menjadi keperluan dalam pelbagai bidang.
KBS komited kukuh dasar kerangka urus tadbir sukan tangani isu anti-doping
Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) menerusi Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) sentiasa komited untuk memperkukuhkan dasar kerangka urus tadbir sukan yang berintegiriti untuk mencapai matlamat khususnya atlet-atlet di negara ini sentiasa menjaga integiriti mereka dengan tidak mengamalkan doping.
'Ini adalah permulaan baharu' - Azizulhasni Awang
"Ini adalah permulaan baharu, bukan sahaja untuk diri saya tetapi untuk rakan-rakan atlet muda yang lain," jelas bekas juara dunia keirin Datuk Mohd Azizulhasni Awang. #AWANInews

Kemajuan projek ECRL capai 81.07 peratus setakat Mac
Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) kini berada di landasan tepat untuk disiapkan sepenuhnya menjelang Dis 2026.

ASEAN perlu rebut kesempatan BRI, AI untuk perkukuh sinergi ekonomi bersama China
Negara-negara ASEAN perlu mengambil langkah proaktif untuk memanfaatkan BRI dan kemajuan teknologi khususnya dalam bidang AI bagi memperkukuh integrasi serantau.

Malaysia dalam kedudukan baik hadapi cabaran tahun ini - MIDF
Malaysia kekal berada dalam kedudukan baik untuk mengemudi cabaran, disokong oleh asas ekonomi yang kukuh, permintaan domestik yang teguh, perbelanjaan isi rumah yang berdaya tahan.

Terminal Bersepadu Gombak mula terima penumpang
Suasana di terminal masih lengang, hanya beberapa bas kelihatan menurunkan penumpang sebelum meneruskan perjalanan ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

MOT perkenal dasar galak industri kargo, pengangkutan guna ECRL
Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan dasar baharu bagi menggalakkan syarikat kargo dan pengangkutan menggunakan perkhidmatan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

ECRL: Kabinet lulus cadangan ubah pembinaan ke landasan berkembar libat jajaran di Pelabuhan Klang
Loke berkata kos pembinaan landasan berkembar itu tidak memerlukan peruntukan tambahan oleh kerajaan serta tidak akan meningkatkan kos pembangunan keseluruhan Projek ECRL.

Pemberhentian kerja helikopter kedua tapak projek TNB tak jejas projek ECRL - Loke
Tindakan pemberhentian kerja bagi penggunaan helikopter kedua yang terlibat dalam kerja penyelenggaraan di tapak projek TNB di Bentong, Pahang, tidak menjejaskan Projek Laluan ECRL.

Fasa ujian, pentauliahan ECRL bermula Jun 2026
Ia bertujuan memastikan kesediaan sistem ECRL dapat berfungsi dengan baik dan lancar sebelum ia beroperasi sepenuhnya.

Pembinaan ECRL Terengganu terpantas, capai kemajuan 90 peratus - Ahmad Samsuri
Terengganu menjadi negeri paling pantas ketika ini dalam pembinaan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) berbanding tiga negeri lain apabila telah mencapai tahap kemajuan 90 peratus.

Landasan ECRL Maran-Kota Bharu siap lebih awal daripada jadual
Kerja-kerja pemasangan landasan ECRL sepanjang 400 kilometer (km) dari Maran, Pahang ke Kota Bharu, Kelantan dapat disiapkan dua bulan setengah daripada jadual asal.