awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Perpaduan Negara gerakkan Kempen Taat Setia Rukun Negara

Bernama
Bernama
04/04/2025
15:25 MYT
Kementerian Perpaduan Negara gerakkan Kempen Taat Setia Rukun Negara
Datuk Aaron Ago Dagang berkata, kempen berteraskan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan itu amat penting untuk dilaksanakan.
MELAKA: Kementerian Perpaduan Negara akan menggerakkan Kempen Taat Setia Rukun Negara menerusi pelbagai platform media sosial bermula tahun ini, kata Menterinya Datuk Aaron Ago Dagang.
Beliau berkata kempen berteraskan prinsip kelima Rukun Negara iaitu Kesopanan dan Kesusilaan itu amat penting untuk dilaksanakan berikutan elemen berkenaan dilihat semakin terhakis dalam kalangan pengguna platform media sosial ketika ini.
"Memandangkan tahun ini kita akan menyambut 55 tahun Rukun Negara, maka saya menyeru agar Kempen Taat Setia Rukun Negara dimulakan dari Melaka.
"Saya yakin perkara ini dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin kerana satu daripada program utama Melaka adalah Pidato Rukun Negara," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis 'Kick-Off' Sambutan Minggu Perpaduan 2025 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini malam ini.
Hadir sama Timbalannya Senator K Saraswathy, Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara Datuk Ruji Ubi dan Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad.
Beliau berkata ketika ini kementeriannya mempunyai pelbagai program fizikal berteraskan perpaduan dalam kalangan masyarakat seperti Kelab Rukun Negara di sekolah rendah dan Sekretariat Rukun Negara di peringkat universiti awam.
Tambah beliau Kementerian Perpaduan Negara juga akan memberi fokus kepada media sosial bagi memupuk perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kementerian Perpaduan
#kempen taat setia
#Rukun Negara
#Aaron Ago Dagang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan