awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Perpaduan perkenal inisiatif 'Anak Merdeka Malaysia', sempena HKHM 2025

Bernama
Bernama
28/07/2025
20:00 MYT
Kementerian Perpaduan perkenal inisiatif 'Anak Merdeka Malaysia', sempena HKHM 2025
Menurut Aaron, usaha itu bukan sekadar meraikan tarikh lahir semata-mata, sebaliknya turut membawa mesej mendalam dalam mengangkat semangat kenegaraan dan jati diri bangsa. - Gambar fail Bernama
KUALA LUMPUR: Kementerian Perpaduan Negara menerusi Arkib Negara Malaysia (ANM) memperkenalkan inisiatif "Anak Merdeka Malaysia" bagi menyemarakkan semangat patriotik sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini.
Inisiatif itu turut memberi penghormatan kepada rakyat Malaysia yang lahir pada dua tarikh bersejarah negara, iaitu 31 Ogos dan 16 September, sebagai simbol perjuangan, kemerdekaan serta perpaduan nasional.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, usaha itu bukan sekadar meraikan tarikh lahir semata-mata, sebaliknya turut membawa mesej mendalam dalam mengangkat semangat kenegaraan dan jati diri bangsa.
"Melalui "Anak Merdeka Malaysia", kita bukan sahaja meraikan tarikh lahir mereka, tetapi kita menyatukan suara rakyat dalam satu identiti kebangsaan.
"Inilah wajah sebenar Malaysia MADANI, negara yang menyanjung sejarah, menyemai harapan dan menyatukan rakyat," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Menurut kementerian berkenaan, pendaftaran kini dibuka kepada semua warganegara Malaysia yang berkongsi tarikh lahir pada detik bersejarah tersebut, tanpa mengira latar belakang, umur atau kaum.
Menurut kenyataan itu, peserta yang berdaftar akan diberi peluang menyertai pelbagai aktiviti sempena sambutan rasmi peringkat kebangsaan, menerima cenderamata kenang-kenangan serta diraikan sebagai antara wira simbolik negara yang mewakili semangat perpaduan rakyat Malaysia.
Kementerian turut menyeru orang ramai agar menyebarkan maklumat inisiatif berkenaan kepada ahli keluarga, rakan dan komuniti setempat supaya lebih ramai dapat diraikan sebagai sebahagian daripada legasi merdeka negara.
"Inilah peluang kita sebagai rakyat untuk memperkukuh semangat patriotisme melalui penyertaan yang inklusif dan bermakna," menurut kenyataan.
Pendaftaran boleh dibuat dengan mengimbas kod QR pada poster hebahan atau melalui pautan rasmi di: https://forms.gle/Zd3fPnGaJwFgWeHNA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kementerian perpaduan negara
#Anak Merdeka Malaysia
#Aaron Ago Dagang
#Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan