KUALA TERENGGANU: Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim sedang bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan sekiranya berlakunya fenomena jerebu ekoran cuaca panas yang melanda Semenanjung negara kini.
Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata antara yang sedang dilakukan adalah pemantauan di kawasan yang 'sensitif' seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan kawasan lain yang sering berlaku pembakaran terbuka.
"Ada kemungkinan (berlaku jerebu) dan kita (kementerian) akan mengadakan mesyuarat tentang isu jerebu ini dalam masa terdekat.
"Sebenarnya kita sudah ada sistem untuk bersiap sedia menghadapi jerebu cuma dalam dua atau tiga tahun ini sebab COVID (COVID-19) jadi bila isu COVID ini kita tengok masalah pembakaran dan sebagainya kurang, (aktiviti) industri pun kurang, jadi kali ini keadaan sudah kembali sedia kala jadi kita bersedia untuk berdepan dengan fenomena tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Iftar Ramadan, di sini, hari ini.
Nik Nazmi berkata kementerian sedang melakukan persiapan dari segi bekalan air termasuk bekerjasama dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sekiranya berlakunya isu kekurangan bekalan air ekoran taburan hujan yang kurang.
Bernama semalam melaporkan fenomena bahang cuaca panas yang melanda Semenanjung negara adalah disebabkan pemanasan permukaan bumi akibat sinaran matahari dan taburan hujan yang kurang.
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata setakat Rabu, suhu maksimum harian merekodkan 37 darjah Celcius melibatkan negeri-negeri utara Semenanjung dan pedalaman Kelantan dan Pahang.
Namun, Muhammad Helmi berkata fenomena ini dijangka tidak berlarutan terlalu lama disebabkan hujan dijangka berlaku di kebanyakan tempat dalam beberapa hari akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 14 2023
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad ketika bertemu para pengamal media pada Majlis Iftar Ramadan di Batu Buruk Beach Resort hari ini. - Foto BERNAMA
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
#AWANIRingkas 12 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 12 Disember 2024
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
1️⃣ Situasi di Kelantan pulih, mangsa di Terengganu menurun
2️⃣ RUU Majlis Media dibentang hari ini
3️⃣ Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
#awaniringkas
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang. #AWANInews
Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2. #AWANInews
Ahmad Zahid kekal bebas 40 kes rasuah VLN
Panel tiga hakim memutuskan demikian selepas Timbalan Pendakwa Raya memberitahu bahawa AGC menarik balik semua rayuan terhadap kes ini.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
Matlamat kerajaan dalam kelestarian alam tidak berubah - Nik Nazmi
Penstrukturan semula Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim tidak mengubah matlamat dan hala tuju kerajaan terutamanya dalam kelestarian alam sekitar.
NRECC sasar 95 peratus perkhidmatan RSTP di bandar utama menjelang 2030
NRECC menetapkan sasaran 95 peratus perkhidmatan RSTP di bandar-bandar utama di negara ini menjelang 2030.
Saya sedia jawab semua soalan - Nik Nazmi
Nik Nazmi bersedia menjawab apa sahaja soalan berkaitan kementeriannya pada Town Hall Rakyat anjuran Sinar Harian malam ini.
Kementerian Ekonomi, NRECC bekerjasama selesai masalah air - Rafizi
Kementerian Ekonomi dan Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) akan bekerjasama bagi mencari kaedah bersesuaian dalam menyelesaikan masalah air di negara ini.
Keperluan operasi pembenihan awan bergantung permohonan kerajaan negeri
Keperluan operasi pembenihan awan bergantung kepada permohonan yang dilakukan oleh kerajaan negeri, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad.
Kementerian siap siaga hadapi kemungkinan jerebu - Nik Nazmi
Antara yang sedang dilakukan adalah pemantauan di kawasan yang 'sensitif' seperti tanah gambut, kawasan yang mudah terbakar dan kawasan lain yang sering berlaku pembakaran terbuka.
SPAN teruskan program jimat air galakkan penggunaan secara berhemat
Kerajaan meneruskan inisiatif untuk menggalakkan penggunaan air secara berhemat antaranya melalui penggunaan produk yang mempunyai label Cekap Air dengan pemberian rebat secara bersasar.
Peningkatan peruntukan beri ruang bangun kelestarian alam sekitar - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, peruntukan itu juga memperlihatkan bahawa Kerajaan Persekutuan memberi penekanan dalam agenda hijau.
4 negeri disenarai titik panas banjir - Kor Ming
Empat negeri iaitu Kelantan, Pahang, Johor dan Selangor disenarai sebagai lokasi titik panas banjir di Semenanjung yang mungkin berlaku bila-bila masa sepanjang Monsun Timur Laut.
Nik Nazmi fokus isu banjir, tenaga, perubahan iklim dan alam sekitar
Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim akan memberi fokus kepada isu banjir, guna tenaga, perubahan iklim dan penjagaan alam sekitar, kata Nik Nazmi Nik Ahmad.