awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kementerian Wilayah kaji semula Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru

Bernama
Bernama
27/07/2018
21:52 MYT
Kementerian Wilayah kaji semula Pelan Induk Pembangunan Kampung Baru
Penduduk setempat melihat keadaan sekeliling di Jalan Raja Muda Musa 6 Kampung Baru pada 29 Dis 2017. - BERNAMA
Kementerian Wilayah akan mengkaji Pelan Induk Terperinci Pembangunan Kampung Baru (PITPKB) bagi meneruskan usaha pembangunan semula kampung yang wujud sejak 118 tahun lalu.
Menterinya, Khalid Abdul Samad berkata, pembangunan kampung itu perlu dan beliau akan membincangkan perkara itu dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bagi mendapatkan pendekatan yang berbeza tanpa terlalu membebankan kerajaan.
"Saya akan berbincang perkara ini dengan Perdana Menteri, mungkin beliau mempunyai wawasan tersendiri mengenai pembangunan Kampung Baru, hal ini kerana ia memerlukan perancangan yang jelas.
"Sekiranya pembangunan semula Kampung Baru tidak dilaksanakan dengan sebaiknya, ia mungkin akan menyebabkan berlaku kesesakan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan Lawatan ke Perbadanan Pembangunan Kampung Baru di sini, pada Jumaat.
Pada lawatan itu, beliau meluangkan masa hampir sejam untuk sesi soal jawab bersama kira-kira 100 penduduk Kampung Baru yang turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Datuk Seri Adnan Md Ikshan.
Khalid berkata pihaknya juga akan mempertimbangkan rancangan untuk mengekalkan elemen Melayu bagi mempertahankan identiti dan sejarah Kampung Baru itu sendiri.
Beliau turut memberi jaminan bahawa keputusan yang dibuat kelak tidak akan meminggirkan atau mengabaikan hak milik serta pewaris asal kampung berkenaan, malah memberi keuntungan kepada semua pihak yang terlibat.
"Pada masa ini, peranan yang giat dilaksanakan adalah untuk selesaikan isu pemilikan tanah dan mendapatkan persetujuan pemilik tanah, perkara ini memerlukan masa dan tolak ansur daripada semua pihak.
"Kita cuba capai persetujuan secepat mungkin dan pihak pemaju perlulah menawarkan mengikut pasaran semasa. Apa yang diharapkan adalah penyelesaian yang memuaskan hati kesemua pihak dan saya akan pastikan pemilik atau pewaris tidak tertipu," katanya. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Kampung Baru
#Khalid Samad
#menteri wilayah
#pembangunan kampung baru
#pemilikan tanah
#persetujuan
#tolak ansur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan