Kementerian Wilayah Persekutuan bersedia untuk bekerjasama dengan kementerian lain dan agensi kerajaan termasuk Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar bagi menangani kejadian banjir kilat di Kuala Lumpur, kata Menterinya Tan Sri Annuar Musa.
"Sekali banjir maka macam-macam publisiti keluar, macam masalah dah selesai, tapi kemudiannya keadaan balik kepada masalah lama.. kita kena tengok lebih mendalam daripada itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Pengindahan Taman Awam Bukit Kiara di sini pada Ahad.
Unit Cegah Jenayah Alam Sekitar di bawah penyeliaan Kementerian Alam Sekitar dan Air dengan kerjasama Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri merupakan unit baharu yang akan dilancarkan hari ini.
Mengulas laporan awal kejadian banjir kilat di Lembah Klang Khamis lepas yang antara lain mengatakan bahawa salah satu punca banjir adalah keadaan longkang di sekitar Kuala Lumpur yang dipenuhi mendapan, Annuar berkata perkara itu adalah fakta yang dilihat dan dinilai oleh semua pihak.
Sehubungan itu katanya tahap kecekapan dan pengawasan di tapak pembinaan sekitar Kuala Lumpur akan ditingkatkan bagi mengelak kejadian saliran tersumbat akibat mendapan.
"Itu (longkang mendap) adalah satu fakta yang semua orang pun boleh nampak. Penguatkuasaan.. bila ada tapak pembinaan, DBKL memang tegas, (namun) tiada pihak yang boleh mengawal semua perbuatan manusia baik buang sampah, longkang tersumbat dan sebagainya.
"Jadi kita akan tingkatkan lagi kecekapan kita. Kita faham Kuala Lumpur sekarang terlalu banyak kerja-kerja pembinaan," katanya.
Sementara itu Annuar berkata, ada juga pandangan mengatakan punca banjir itu berkaitan dengan 'run-off water' yang cepat dan meningkat berikutan kawasan pembangunan terlalu banyak.
"Saya baru minta untuk dapatkan taklimat operasi Smart Tunnel, saya nak tahu betul-betul adakah sewaktu hujan hari itu Smart Tunnel berfungsi seperti dirancang, saya mahu dapat satu penjelasan lebih lanjut.
"Saya juga ada dapat nota daripada Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran Kuala Lumpur mencadangkan antara lain menambah kolam takungan 'water retention pond' atau flood retention pond', yang itu satu perkara perlu kita susuli kalau itu boleh mengurangkannya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 13 2020
Kelihatan penduduk Kampung Periuk bergotong-royong membersihkan rumah masing-masing berikutan hujan lebat yang melanda ibu kota yang mengakibatkan banjir kilat ketika tinjauan 11 Sept lalu. --fotoBERNAMA/Fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Pembukaan banyak pusat data boleh jejas sumber air negara
Meskipun Malaysia mengalu-alukan pelaburan itu, pakar bimbang tidak ada cukup langkah untuk melindungi air bagi kegunaan awam dan persekitaran.
Semua empangan di Selangor berkapasiti penuh, mampu bertahan empat bulan
Secara keseluruhan, kapasiti air mentah mampu bertahan selama tempoh empat bulan tanpa hujan.
Masalah air perlukan penyelesaian yang lebih saksama
Jelas beliau, jika masalah air ini gagal diatasi ia juga akan menyumbangkan kepada penutupan kilang-kilang dan pelabur berpindah ke negara lain.
Dasar Air Negara diperkemas, KASA lantik UKM jalankan kajian
Pakar runding dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilantik Kementerian Alam Sekitar dan Air bagi menjalankan kajian Dasar Negara dalam mengukuhkan dasar air yang lebih menyeluruh dan holistik.
Ketika banjir melanda, LRA Cheras Batu 11, Langat 2 dihenti tugas, jejas 472 kawasan - Air Selangor
Berikutan peningkatan paras air sungai yang mengakibatkan banjir, dua LRA iaitu LRA Cheras Batu 11 dan LRA Langat 2 dihenti tugas manakala LRA Sungai Langat beroperasi pada pengeluaran separa.
Bekalan air terjejas kerana elektrik terputus - AKSB
Bekalan air terawat yang terjejas di beberapa jajahan di Kelantan berpunca dari bekalan elektrik yang terputus hingga menyebabkan pam air mentah terhenti pada Jumaat lepas.
Euro 2020: Ronaldo tolak tepi minuman tajaan kejohanan
Cristiano Ronaldo mengetepikan botol tersebut dan menyebut 'agua', sekali gus memberikan mesej kepada semua supaya tidak mengambil minuman yang mengandungi gula yang tinggi itu.
Lubang benam gergasi 'muncul' di Mexico
Lubang itu pada mulanya hanya berukuran lima meter namun saiznya menjadi berkali ganda hanya dalam beberapa jam.
Indeks Harga Pengguna naik 1.7 peratus pada Mac 2021
Peningkatan dalam keseluruhan IHP tersebut didorong oleh kenaikan indeks pengangkutan, makanan, pelbagai barangan dan perkhidmatan.
Ramadan 2021: Masalah mulut berbau.. Apa puncanya?
Ramai salah anggap, samakan plak dengan makanan yang tertinggal dalam mulut, sedangakan ia adalah benda yang bebeza.