Acara hiburan sempena Hari Kemerdekaan ke-57 akan diselaras mengikut kesesuaian dan berdasarkan panduan berikutan tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Beliau berkata kementerian akan mengeluarkan panduan seperti bentuk persembahan dan lagu yang sesuai didendangkan.
"Misalnya Konsert Chow Kit Road 2.0, lagu-lagu yang akan dimainkan adalah berbentuk ketuhanan dan menggambarkan kecintaan kepada negara," katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan Bahan Promosi Hari Kemerdekaan ke-57 di sini, hari ini.
Kementerian juga akan mengeluarkan senarai lagu yang sesuai untuk dimainkan stesen radio dan televisyen kerajaan serta swasta.
Konsert Harmoni Uniti, yang mengabungkan artis Malaysia dan Indonesia, dibatalkan manakala beberapa acara sempena sambutan itu ditunda ke masa yang sesuai, katanya.
Ahmad Shabery berkata kementerian akan mengemukakan cadangan berkaitan program sambutan Kemerdekaan kepada Kabinet terlebih dahulu kerana bukan semua acara yang dirancang boleh dibatalkan.
Dalam perkembangan lain, beliau mengucapkan terima kasih dia atas sumbangan dan penajaan pihak swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam usaha menyemarakkan semangat Kemerdekaan.
"Ini kerana tanggungjawab untuk menyuntik dan membangkitkan semangat Kemerdekaan bukan hanya perlu dipikul oleh pihak kerajaan tetapi semua pihak termasuk NGO dan swasta," katanya.
Selain menyumbang dan mengedarkan Jalur Gemilang, pihak swasta dan NGO juga digalakkan membuat kemeja T yang boleh dipakai oleh pelbagai lapisan masyarakat bagi menyemarakkan lagi semangat Kemerdekaan.
Penerbangan MH17, yang membawa 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 warga Malaysia, dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, dipercayai akibat ditembak jatuh, pada 17 Julai lepas.
Bernama
Fri Aug 08 2014
SHABERY: Kementerian akan mengeluarkan senarai lagu yang sesuai untuk dimainkan stesen radion dan televisyen. - Gambar Fail
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Pasangan YouTuber belanja lebih RM300,000 untuk majlis dedah jantina anak di Burj Khalifa
Pernah anda membayangkan ada orang sanggup membelanjakan lebih RM300,000 semata-mata untuk anjur majlis dedah jantina bayi mereka?
MPM cadang Sukan Para ASEAN 2020 tidak dilangsungkan pada hari raya
Sukan Para ASEAN 2020 tidak akan diadakan pada Hari Raya Aidilfitri, tegas Presiden Majlis Paralimpik Malaysia.