awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Laporan media dakwa Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur
LZS sasar kutip RM2.2 juta zakat PDRM Selangor menerusi skim potongan gaji
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemerdekaan hasil tolak kuasa asing, tindas rakyat - PM

Astro Awani
Astro Awani
30/08/2025
08:10 MYT
Kemerdekaan hasil tolak kuasa asing, tindas rakyat - PM
Anwar berkata, generasi hari ini perlu memahami bahawa kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah dicapai, sebaliknya hasil daripada perjuangan panjang menentang pengkhianatan serta kerakusan kuasa asing. - Bernama
SERDANG: Kemerdekaan dan kedaulatan negara yang dikecapi hari ini diperoleh hasil keberanian menolak kuasa asing yang tamak merampas hasil bumi serta menindas rakyat, tegas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ringkasan AI
  • Anwar menegaskan kemerdekaan dan kedaulatan negara dicapai hasil keberanian menolak kuasa asing yang menindas rakyat dan merampas hasil bumi, serta pengorbanan besar semua lapisan masyarakat.
  • Beliau menyeru generasi muda agar memahami nilai kemerdekaan dan memelihara keunikan Malaysia yang bertahan dengan kepelbagaian kaum, agama, perpaduan dan kekuatan ekonomi.
  • Anwar mengingatkan agar rakyat tidak terlalu mengagumi kekuatan asing sehingga menafikan keupayaan bangsa sendiri, sebaliknya terus berdiri dengan semangat jati diri yang kukuh.

Beliau berkata, generasi hari ini perlu memahami bahawa kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah dicapai, sebaliknya hasil daripada perjuangan panjang menentang pengkhianatan serta kerakusan kuasa asing.
"Terlalu banyak pengorbanan nyawa, harta benda, air mata dan keringat dicurahkan. Saya menyeru anak-anak muda supaya melihat, belajar dan memahami bahawa apa yang kita nikmati hari ini dibayar dengan harga yang mahal.
"Sebab itu, peliharalah negara ini, sebuah negara unik, satu-satunya yang bertahan dengan kepelbagaian kaum dan agama, keamanan, kekuatan ekonomi, semangat perpaduan serta keindahan budayanya," katanya ketika menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan 2025 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, pada Sabtu.
Menurut Anwar, sejarah menunjukkan betapa bangsa ini pernah hampir hilang keyakinan terhadap kekuatan sendiri kerana pengkhianatan dan keangkuhan kuasa penjajah yang merampas kekayaan negeri serta memperbodohkan rakyat.
"Jangan kita ulangi kesilapan lalu dengan terlalu mengagumi kekuatan asing sehingga menafikan keupayaan bangsa sendiri. Malaysia harus terus berdiri dengan keyakinan dan semangat jati diri yang kukuh," tegas beliau.
Raikan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan kempen Inilah KITA di sini
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Hari Kebangsaan
#kuasa asing
#tamak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan