awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemerdekaan milik rakyat Malaysia, bukan parti politik

Bernama
Bernama
21/08/2017
01:32 MYT
Kemerdekaan milik rakyat Malaysia, bukan parti politik
Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Alor Setar malam tadi. --fotoBERNAMA
Rakyat Kedah diminta mengetepikan sementara perbezaan fahaman dan pemikiran politik masing-masing bagi membolehkan Hari Kebangsaan ke-60 disambut dalam keadaan aman damai.
Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah berkata kemerdekaan yang tercipta bukan untuk mana-mana parti politik sebaliknya adalah kemerdekaan buat seluruh rakyat Kedah dan Malaysia.
"Jadi, kita perlu sama-sama berdiri teguh sebagai rakyat Malaysia bagi membolehkan keamanan, kemajuan dan pembangunan negeri dan negara dapat dicapai," katanya semasa berucap pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di sini malam tadi.
Ahmad Bashah berkata semua rakyat Kedah perlu bersatu hati dan bekerjasama dalam memupuk perpaduan antara semua kaum yang ada bagi membolehkan pengisian kemerdekaan dicapai.
"Pelbagai cabaran dan halangan yang telah kita tempuh untuk peroleh kemerdekaan dan hasil daripada kerjasama dan perpaduan kesemua kaum banyak yang telah kita peroleh sepanjang tempoh 60 tahun kemerdekaan ini," katanya.
Sementara itu, beliau meminta semua rakyat Kedah untuk memasang Jalur Gemilang di setiap rumah, premis perniagaan dan kerajaan sebagai tanda kesetiaan dan kasih terhadap negara ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#Hari Kebangsaan
#Kedah
#kemerdekaan
#perpaduan
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan