MALAYSIA
Kempen AmRewards 4.0 AmBank Islamic berakhir, tawar hadiah bernilai RM3 juta

Kempen ganjaran AmRewards 4.0 anjuran AmBank Islamic melabuhkan tirainya dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM3 juta, sebagai penghargaan kepada pelanggan yang mengamalkan tabiat kewangan bijak.
KUALA LUMPUR: Kempen ganjaran AmRewards 4.0 anjuran AmBank Islamic melabuhkan tirainya dengan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM3 juta, sebagai penghargaan kepada pelanggan yang mengamalkan tabiat kewangan bijak.
Menerajui senarai pemenang ialah Ow Yong Kee Keong dari cawangan Batu Pahat, yang membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM1 juta.
Tempat kedua dimenangi Tang Khai Chor dari cawangan Tanjung Bungah dengan ganjaran RM300,000, manakala Lee Hwee Lan dari cawangan Johor Bahru-Bukit Indah membawa pulang RM100,000.
AmBank Islamic turut mengiktiraf pelanggan menerusi beberapa kategori khas.Ho Kah Moon dari cawangan Balakong memenangi sebuah BYD Atto 3 bernilai RM149,800 bagi kategori "Tukar Pembayaran Gaji Anda."
Sementara itu, pemenang kategori Youth Savers, Denzel Chen Wei Xiang dari Kota Kinabalu-Jalan Sagunting, memandu pulang sebuah Toyota Yaris.
Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic, Eqhwan Mokhzanee, merakamkan penghargaan kepada semua peserta dan pemenang.
“Setinggi-tinggi tahniah kepada Encik Ow Yong Kee Keong dan semua pemenang lain. Sambutan menggalakkan ini mencerminkan keyakinan berterusan pelanggan terhadap AmBank Islamic. Kami komited untuk terus memberikan pengalaman bermakna yang memupuk tabiat kewangan positif,” katanya.
Sementara itu, Ow Yong meluahkan rasa syukur dan terharu atas kemenangan luar biasa tersebut.
“Memenangi RM1 juta benar-benar seperti mimpi jadi kenyataan! Saya amat berterima kasih kepada AmBank Islamic. Wang ini akan membantu saya menjalani kehidupan persaraan yang lebih selesa dan menyokong keluarga saya. Menabung dengan Akaun Simpanan-i AmWafeeq dan menggunakan AmOnline adalah cara mudah untuk merealisasikan impian kewangan anda,” katanya.
Dalam majlis penyampaian hadiah itu juga, kempen AmRewards 5.0 diperkenalkan dengan tema "Jalan Menuju Impian Anda", menawarkan ganjaran lebih besar dan lebih lumayan kepada pelanggan setia.
Antara hadiah utama ditawarkan termasuk:
* Suite kondominium mewah Hugoz Suites @ KL City Centre
* Kenderaan BMW 218i
* Pakej percutian Kelas Perniagaan ke Tokyo
* iPhone, MacBook, jongkong emas
* Lebih 2,000 hadiah wang tunai bulanan
Pelanggan yang membuka Akaun Simpanan-i AmWafeeq dan mengekalkan baki minimum layak menyertai kempen ini, selain mendapat penyertaan tambahan melalui pelbagai saluran seperti pemindahan gaji, penggunaan Kad Debit atau QR DuitNow, pautan ke Tabung Haji atau BonusLink, serta pendaftaran kad kredit, pelaburan dan pembiayaan AmBank.
Pengarah Urusan Perbankan Runcit Kumpulan AmBank, Cheong Chee Wai, berkata kempen berterusan ini menegaskan komitmen bank dalam memupuk budaya menabung secara konsisten.
“Buat julung kalinya, kami menawarkan Hugoz Suites oleh EXSIM sebagai ganjaran utama – satu bentuk pelaburan kediaman yang menggabungkan kemewahan dan fungsi. Hadiah eksklusif seperti BMW dan percutian ke Tokyo pula menambah nilai sebenar kepada usaha pelanggan dalam membina masa depan kewangan yang kukuh bersama kami.”
Kempen AmRewards 5.0 bermula 1 Jun 2025 hingga 31 Mei 2026.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami