Semua masjid di negara ini perlu membuka kedai runcit 24 jam bagi menjual produk Muslim sepenuhnya.
Presiden Majlis Pemikir Muda Melayu Kebangsaan (MPMMK), Datuk Syed Mohammad Faiz Azemmant berkata, ia sekali gus tanda sokongan kepada Kempen Beli Produk Muslim (BMF).
Tegasnya, ia memerlukan komitmen dan penglibatan total umat Islam untuk menjayakannya.
“Kempen BMF merupakan usaha murni dan terbaik bagi meningkatkan penguasaan orang Melayu dan Islam dalam bidang ekonomi yang ketika ini boleh ibaratkan seperti melukut di tepi gantang.
"Mengikut statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), sehingga 24 Disember lepas, terdapat 6,368 masjid di seluruh negara dan jika semuanya membuka kedai 24 jam menjual produk Muslim sepenuhnya, usaha menjayakan kempen ini pasti berjaya.
"Itu belum lagi melibatkan surau yang mana mengikut statitik Jakim, sehingga 24 Disember lepas, terdapat 18,308 surau di seluruh negara. Oleh sebab itu, ia perlu dimulakan di masjid dan kemudian diteruskan di surau-surau pula,” katanya dalam kenyataan di sini, pada Rabu.
BACA: Kempen membeli barangan Muslim tidak salah - Mohd Redzuan
BACA: Perniagaan tidak boleh bersifat monopoli
Menteri Pembangunan Usahawan Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof sebelum ini berkata, kempen membeli barangan Muslim tidak salah selagi ia tidak memboikot produk lain.
Jelasnya, suhu perkauman yang meningkat akibat kempen tersebut berlaku sejak kebelakangan ini berlaku akibat salah faham terhadap usaha mengalakan pembelian barangan Muslim tanpa menolak produk bukan Muslim.
Mengulas lanjut, Syed Mohammad Faiz berkata, fungsi masjid tidak seharusnya dihadkan kepada urusan ibadat semata-mata.
“Pada zaman Rasulullah SAW, masjid bukan sahaja sebagai tempat beribadat, tetapi juga sebagai pusat pentadbiran, dakwah dan kegiatan ekonomi.
"Jadi, kita menyeru semua pengerusi jawatankuasa masjid di seluruh negara bekerjasama dengan jawatankuasa, imam dan ketua masyarakat untuk melaksanakan penubuhan kedai 24 jam di masjid.
"Kita mahu masjid menjadi platform peningkatan ekonomi masyarakat setempat seterusnya membantu meningkatkan penguasaan orang Islam dalam bidang tersebut,” katanya.
Tambahnya, ramai usahawan dalam kalangan orang Melayu dan Islam yang mengeluarkan produk mereka tidak dapat ke mana kerana masalah pasaran.
"Jadi, kita melihat usaha membuka kedai runcit 24 jam di masjid ini sebagai cara tindak balas dan membantu usahawan Muslim.
“Usaha membuka kedai runcit 24 jam ini adalah fardhu kifayah selain membantu mengimarahkan masjid.
“Apabila orang Islam datang ke kedai runcit di masjid dan pada waktu itu azan berkumandang, mereka tentu akan bersama solat berjemaah dan sekali gus mengimarahkan masjid,” ujarnya.
Katanya lagi, masjid mempunyai potensi dan aset membangunkan ekonomi Muslim dalam skala besar.
“Masjid adalah platform terbaik kerana pada setiap minggu ada perjumpaan besar iaitu solat Jumaat. Jemaah boleh mendapat bekalan harian daripada kedai runcit masjid.
"Masjid adalah nadi masyarakat Islam. Walaupun masjid tidak boleh menyelesaikan semua masalah sosio-ekonomi ummah, namun masjid mesti berperanan mencetuskan penyelesaian kepada masalah ummah," jelasnya.
Astro Awani
Wed Dec 25 2019
SYED MOHAMMAD FAIZ: Kempen BMF merupakan usaha murni dan terbaik bagi meningkatkan penguasaan orang Melayu dan Islam dalam bidang ekonomi yang ketika ini boleh ibaratkan seperti melukut di tepi gantang. - Gambar fail
Dua penjenayah maut selepas berbalas tembakan dengan polis di Tanjong Malim
Kedua-dua mereka yang berumur 29 dan 37 tahun itu dipercayai dalam perjalanan untuk merompak semasa kejadian.
Empat pemain Sabah FC tidak sertai skuad Harimau Malaya ke Thailand
Kesemua empat pemain Sabah tidak akan menyertai skuad Harimau Malaya untuk ke Bangkok, Thailand bagi aksi ketiga Kumpulan A Piala ASEAN 2024 menentang Thailand, Sabtu ini.
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
BMF bantu golongan B40 miliki rumah - Vincent Tan
Vincent Tan percaya usaha sosial itu akan memudahkan pembinaan hartanah yang berkos bulanan rendah untuk dimiliki oleh golongan B40.
Selepas bentuk kerajaan, ke mana kempen BMF tajaan Pas, soal Faiz Fadzil
Faiz berkata, sikap membisu Pas dalam kempen itu selepas membentuk kerajaan membuktikan bahawa parti itu hanya mempolitikkan kempen tersebut.
Kempen BMF: Masjid perlu buka kedai runcit 24 jam - MPMMK
Fungsi masjid tidak seharusnya dihadkan kepada urusan ibadat semata-mata.
Peranan Jakim, kempen BMF antara tumpuan Parlimen hari ini
Turut dijangka menghangatkan persidangan adalah penjelasan berhubung tindakan diambil kerajaan bagi mengawal dan membanteras aktiviti penyeludupan barangan (transshipment) seperti beras dan gula.
Tanjung Piai Memilih: Kaum Cina tak mudah kena tipu - PM
Perdana Menteri berkata, kaum Cina di negara ini sudah melalui 14 pilihan raya umum termasuk beberapa pilihan raya kecil, dan mereka tidak akan mudah terperdaya dengan taktik mengelirukan itu.
UFC 244: Jorge Masvidal tumpaskan Nate Diaz untuk raih gelaran BMF
Jorge Masvidal berjaya meraih gelaran BMF selepas mengalahkan rakan senegaranya, Nate Diaz dalam aksi UFC 244 di Madison Square Garden, New York, pada Ahad.
Perniagaan tidak boleh bersifat monopoli
Kerajaan perlu memastikan setiap penghasilan produk dan perkhidmatan hendaklah menepati aspek amalan perdagangan yang digariskan kerajaan, selain menjamin hak dan keperluan pengguna.
Muslim atau bukan Muslim, landasan perniagaan terbuka untuk semua - Saifuddin
Kerajaan berpendirian landasan perniagaan harus terbuka kepada semua kaum di negara ini, selagi mana ia tidak bersifat monopoli serta menindas peluang untuk kaum lain.
UMMAH Perak beri tempoh dua minggu laksana kempen produk halal di masjid
Jika tiada sebarang maklum balas berhubung perkara itu, UMMAH Perak bertekad meneruskan jadual kempen Buy Muslim First (BMF).
Kempen membeli barangan Muslim tidak salah - Mohd Redzuan
Tidak salah dengan beli barangan Muslim ataupun barangan bukan Muslim kerana ia terpulang kepada citarasa pengguna itu sendiri yang membuat keputusan.