awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Iskandar Ismail berjaya muncul juara Gegar Vaganza 12
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita warga Taiwan ditemukan lemas di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen Pemilikan Rumah Pulau Pinang dilanjutkan hingga Jun 2022

Bernama
Bernama
14/06/2021
09:58 MYT
Kempen Pemilikan Rumah Pulau Pinang dilanjutkan hingga Jun 2022
Menurut Jagdeep Singh Deo, sepanjang tempoh kempen itu, harga siling perumahan mampu milik di bahagian pulau dan tanah besar akan diturunkan hingga 10 peratus. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini mengumumkan bahawa Kempen Pemilikan Rumah (HOC) di negeri ini akan dilanjutkan setahun lagi, hingga Jun 2022.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo berkata, HOC Pulau Pinang berakhir pada 9 Jun lepas.
Menurut beliau, sepanjang tempoh kempen itu, harga siling perumahan mampu milik di bahagian pulau dan tanah besar akan diturunkan hingga 10 peratus.
"Harga asal siling rumah mampu milik di pulau dan tanah besar masing-masing adalah RM300,000 dan RM200,000, tetapi harga akan disesuaikan semasa HOC," katanya dalam sidang media di sini.
Beliau turut memaklumkan, kerajaan negeri juga telah meluluskan garis panduan untuk membina lebih banyak rumah kos sederhana rendah kepada 120 unit per ekar di pulau itu.
"Garis panduan yang telah dikaji semula ini adalah sebahagian daripada usaha peperangan kita melawan COVID-19 yang mana selain mengutamakan keselamatan awam dan kesihatan, kita juga ingin membantu meningkatkan ekonomi masyarakat," katanya.
Sementara itu, Jagdeep juga mengumumkan bahawa projek perumahan mampu milik pertama yang akan dibangunkan oleh Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang (LPNPP) di Bukit Gedung, Bayan Baru dijangka siap pada 2025.
Beliau berkata, projek perumahan baharu itu merangkumi 3.076 hektar tanah, terdiri daripada 1,014 unit rumah mampu milik dan 253 unit kos sederhana rendah.
"Ia juga akan merangkumi kemudahan seperti lot kedai, kolam renang, surau, plaza tai chi, ruang belajar dan sebagainya," tambahnya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kempen pemilikan rumah
#HOC
#pulau pinang
#Lembaga Perumahan Negeri Pulau Pinang
#HOC Pulau Pinang
#Jagdeep Singh Deo
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan