awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR

Bernama
Bernama
22/05/2024
20:30 MYT
Kempen pemuliharaan penyu UMT dapat pengiktirafan MBOR
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR). - Foto Facebook UMT
KUALA NERUS: Universiti Malaysia Terengganu (UMT) mencipta sejarah apabila kempen pemuliharaan penyu yang dijalankan sekumpulan pelajarnya mendapat pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR).
Menerusi kempen itu, sebanyak 10,000 cap tapak tangan daripada warga UMT dan komuniti setempat dikumpulkan di atas kanvas bersaiz mega sepanjang 19 meter dan 15 meter lebar dalam tempoh 24 jam sebagai tanda sokongan terhadap usaha UMT.
Pengarah projek, K. Easwary berkata, pelbagai kempen telah dijalankan dalam menyebarkan maklumat berkaitan pemuliharaan penyu dan alam sekitar, namun masih gagal mengubah gaya hidup serta pemikiran masyarakat untuk lebih peka terhadap aspek pengurusan sampah dan sisa buangan yang menjadi ancaman kepada khazanah alam.
Justeru, bagi memupuk dan menerapkan kesedaran dalam masyarakat, beliau bersama beberapa pelajar mengambil inisiatif menjalankan kempen dengan mengumpul cap tapak tangan berwarna pada kanvas putih sebagai simbolik ikrar agar dapat bersama-sama menjaga alam semula jadi daripada terus dicemari.
"Program berkenaan disiarkan secara langsung menerusi media sosial rasmi UMT semalam.
"Kami amat berbangga kerana kempen ini mendapat pengiktirafan sebagai 'Biggest Palm Print Banner' oleh MBOR. Terima kasih atas kerjasama baik daripada warga UMT dan penduduk setempat," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Easwary berkata, beliau akan terus mengadakan kempen pada masa akan datang bagi mendidik masyarakat terutama golongan muda yang menjadi pewaris khazanah alam negara. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#mbor
#umt
#kempen pemuliharaan penyu
#Malaysia Book of Records
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan