KUALA LUMPUR: Dalam usaha membantu golongan yang kurang bernasib baik, syarikat Planworth Global Factoring Sdn Bhd melancarkan kempen Touch Your Heart yang kini sedang berlangsung sepanjang bulan Ramadan.

Menurut Pengurus Pemasaran Planworth, Farahdina Mohd Tamrin, menerusi kempen tersebut, sebanyak 50 peratus daripada yuran pemprosesan bagi pembiayaan daripada Planworth akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

“Sempena bulan mulia ini, kami mengambil peluang berkongsi rezeki dan membantu mereka yang kurang bernasib baik. Melalui kempen ini kami berpeluang bekerjasama dengan para pelanggan dalam usaha menyalurkan sumbangan.

“Bagi mana-mana pelanggan yang mendapatkan pembiayaan daripada kami pada bulan Ramadan sehingga Syawal, 50 peratus daripada yuran pemprosesan yang dicaj akan disalurkan kepada badan kebajikan terpilih.

“Kami percaya kempen ini akan disambut baik oleh para pelanggan kerana selain mendapat pembiayaan dari Planworth, mereka turut menyumbang kepada aktiviti kebajikan,” katanya.

Farahdina ditemui pada majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dari Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim & Asnaf Teratak Ummi di Gombak, Selangor, baru-baru ini.

Menurut Farahdina, menerusi kempen tersebut sebanyak 50 peratus daripada yuran pemprosesan bagi pembiayaan daripada Planworth akan disalurkan kepada badan kebajikan yang terpilih.

Dalam majlis tersebut, Planworth turut memberi sumbangan sebanyak RM15,000 yang terdiri daripada wang tunai RM10,000 beserta barangan keperluan makanan dan duit raya kepada 65 orang penghuni rumah berkenaan.

“Saya difahamkan rumah anak yatim dan asnaf ini memerlukan dana mengurus sebanyak RM30,000 sebulan dan dana mereka ini masih lagi tidak mencukupi.

‘Walaupun dari pandangan luaran, kelihatan rumah teres dua tingkat ini agak selesa, tetapi dari segi kelengkapan tempat tinggal dan keperluan harian anak-anak yatim dan asnaf seramai 65 orang ini masih agak daif selain terpaksa bersempit. Justeru itu, pihak kami rasa terpanggil untuk membantu meringankan beban mereka.

“Kami di Planworth akan sentiasa menghulurkan bantuan kepada mana-mana pihak yang memerlukan melalui aktiviti tanggungjawab sosial korporat syarikat kami dengan menganjurkan pelbagai kempen dari masa ke semasa.

“Kami juga menggalakkan orang ramai termasuk badan-badan korporat yang lain untuk turut sama menghulurkan bantuan bukan sahaja kepada rumah anak yatim dan asnaf Teratak Ummi ini, malahan juga kepada pihak lain yang memerlukan” tambah Farahdina.

Planworth merupakan sebuah institusi kewangan yang berdaftar di bawah Kementerian Kewangan Malaysia dan ePerolehan Kerajaan serta salah satu syarikat di bawah Kumpulan Syarikat Grand Columbia yang telah beroperasi sejak tahun 1992 di beberapa negara di Asia Pasifik. 

Kepakaran utama Planworth adalah dalam bidang pembiayaan invois serta penyedia kepada Solusi Modal Kerja yang amat diperlukan oleh Perusahaan Mikro, Kecil Dan Sederhana  (PMKS) dan perniagaan korporat di Malaysia serta Singapura, di mana Planworth menjalinkan kerjasama erat dengan kerajaan di kedua-dua buah negara.

Objektif utama Planworth adalah membantu pelanggan mencapai keperluan kewangan serta mengembangkan perniagaan mereka. Perlaksanaan objektif ini adalah merupakan penghormatan terbesar bagi Planworth.

Sehingga kini, Planworth telah membantu banyak PMKS di Malaysia dengan jumlah pembiayaan yang telah mencecah berbilion ringgit dan nilai ini terus meningkat. Disamping membantu PMKS dari segi kewangan, Planworth juga terlibat secara aktif di dalam beberapa program dan inisiatif anjuran pelbagai kementerian di peringkat persekutuan, kerajaan negeri, kerajaan tempatan, agensi kerajaan, GLC, serta persatuan perniagaan dalam usaha membangunkan PMKS.

Atas sokongan pelanggan dan agensi kerajaan, Planworth merupakan institusi kewangan bukan bank terbaik dan merupakan peneraju utama bagi pembiayaan invois serta pembiayaan rantaian bekalan.  Ini dibuktikan dengan kejayaan Planworth meraih pelbagai anugerah berprestij dan pengikhtirafan di Malaysia dan Singapura. Planworth juga menerima penarafan 4 bintang oleh SME Corp Malaysia dalam Program Penilaian Daya Saing PMKS untuk peningkatan (SCORE).