awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
UNMISS: 13 Pegawai PDRM selamat tiba di tanah air dari Sudan Selatan
Kanak-kanak 10 tahun maut dalam kemalangan di Kuala Krai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemudahan di SK Ulu Ansuan ditambah baik - KPM

Bernama
Bernama
19/11/2023
14:25 MYT
Kemudahan di SK Ulu Ansuan ditambah baik - KPM
Kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di Telupid, Sabah akan ditambah baik demi kesejahteraan seluruh warga sekolah berkenaan. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Kemudahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Ansuan di Telupid, Sabah akan ditambah baik demi kesejahteraan seluruh warga sekolah berkenaan.
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan kerja pembinaan melibatkan blok akademik dan pentadbiran serta kemudahan lain termasuk pembelian perabot sedang rancak berjalan.
Selain itu, KPM berkata pembinaan empat unit kuarters baharu di SK Ulu Ansuan juga telah diluluskan semasa pembentangan Belanjawan 2024.
"Kesemua projek penambahbaikan dan kemudahan di SK Ulu Ansuan melibatkan kos keseluruhan berjumlah RM12.5 juta.
Bagi penyelesaian jangka pendek kediaman guru di sekolah itu pula, KPM telah siap melaksanakan projek selenggara kuarters dengan peruntukan RM200,000," katanya.
Dalam pada itu, KPM terus bertekad untuk menambah baik kemudahan di semua sekolah di seluruh negara yang memerlukan perhatian bagi memastikan kesejahteraan, keselamatan dan kebajikan guru, murid serta seluruh warga sekolah terpelihara.
Semalam, media melaporkan Guru Besar SK Ulu Ansuan, George Odol yang akan bersara wajib pada 27 Nov ini, tinggal di dalam sebuah stor sekolah selama lebih tiga tahun untuk meneruskan perjuangannya mendidik anak bangsa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kemudahan sekolah
#SK Ulu Ansuan
#Telupid
#Sabah
#KPM
#Kementerian Pendidikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan