awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000

Bernama
Bernama
28/11/2023
09:22 MYT
Kemuka borang bantuan banjir palsu, bekas pengerusi JPKK didenda RM5,000
Abdul Wahab mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya. - Gambar hiasan
KUALA TERENGGANU: Seorang warga emas didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas kesalahan mengemukakan borang bantuan banjir yang mengandungi butiran palsu, tahun lepas.
Hakim Mohd Azhar Othman membuat keputusan tersebut selepas Abdul Wahab Idris, 64, yang juga bekas pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) di sebuah kampung di Dungun itu, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan ke atasnya.
Berdasarkan pertuduhan, warga emas itu telah menipu seorang pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Dungun, dengan secara curangnya memperakukan Borang Pengesahan Daftar Nama Penerima Bantuan Ihsan dan menandatangani sebagai penyemak kepada senarai nama penerima bantuan tersebut pada April 2022.
Senarai penerima bantuan tersebut mengandungi nama anak kandungnya sebagai layak menerima Bantuan Wang Ihsan, sedangkan anaknya itu tidak layak.
Kesalahan tersebut dilakukan di bawah Seksyen 415 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 417 akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mariah Omar, manakala tertuduh diwakili peguam Nurul Najmi Adila Md Nasir.
-- BERNAMA
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir terengganu
#pengerusi JPKK
#tuntutan palsu
#bantuan banjir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan