awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan cukai hartanah S'pura dijangka kurangkan jumlah kediaman tak terjual di Johor

Bernama
Bernama
06/05/2023
20:40 MYT
Kenaikan cukai hartanah S'pura dijangka kurangkan jumlah kediaman tak terjual di Johor
Langkah Singapura menaikkan cukai hartanah bagi bukan pemastautin di republik itu dijangka membantu mengurangkan jumlah kediaman yang tidak terjual di Johor. - Gambar hiasan
KULAI: Langkah Singapura menaikkan cukai hartanah bagi bukan pemastautin di republik itu dijangka membantu mengurangkan jumlah kediaman yang tidak terjual di Johor.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata langkah itu bakal menarik pembeli berpotensi dari Singapura untuk membeli kediaman terbabit di Johor terutama yang bernilai RM500,000 ke atas.
Beliau berkata sebanyak 80 peratus kediaman tidak terjual di negeri itu membabitkan pangsapuri perkhidmatan yang terletak di sekitar Johor Bahru dan Iskandar Puteri.
"Apabila kerajaan Singapura menaikkan cukai daripada 30 peratus kepada 60 peratus bagi bukan pemastautin di sana, sudah tentu pembeli berpotensi di negara itu akan beralih ke Johor.
"Kediaman tidak terjual terutama yang bernilai RM500,000 ke atas akan dibeli sekali gus mengurangkan jumlah hartanah tidak terjual di Johor," katanya kepada pemberita di Rumah Terbuka Aidilfitri di sini pada Sabtu.
Baru-baru ini, dilaporkan Singapura menggandakan kadar cukai bagi warga asing yang membeli kediaman di republik itu untuk mengelakkan daya apungan susulan permintaan hartanah mewah yang berlebihan daripada pembeli luar negara dan mengekalkan kemampuan memiliki rumah rakyat tempatan.
Mohd Jafni juga berkata kerajaan negeri akan mengadakan Expo Perumahan Johor pada Julai depan dalam usaha mengurangkan jumlah kediaman tidak terjual.
Katanya expo itu bakal menawarkan sebanyak 21,000 unit rumah yang terdiri daripada Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) berharga bawah RM150,000 serta rumah berharga RM500,000 dan RM1 juta ke atas.
Mengulas sama ada kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) akan menjejaskan bakal pembeli RMMJ, beliau berkata ia akan memberi sedikit kesan namun pembeli diingatkan supaya tidak khuatir kerana kerajaan negeri masih menanggung subsidi.
Mohd Jafni berkata permintaan bagi RMMJ juga dilihat masih tidak mencukupi sekali gus menunjukkan pembeli tidak membuat penilaian berdasarkan kenaikan OPR.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Singapura
#cukai hartanah
#kediaman yang tidak terjual
#Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan