awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan gaji penjawat awam akan dipertimbangkan - PM

Abdul Hafiz Mustadi
Abdul Hafiz Mustadi
28/02/2023
12:00 MYT
Kenaikan gaji penjawat awam akan dipertimbangkan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama para penjawat awam selepas menyampaikan amanat pada majlis amanat Perdana Menteri kepada Penjawat Awam Negeri dan Persekutuan hari ini. - fotoBernama
KOTA KINABALU: Kerajaan akan mempertimbangkan kenaikan gaji penjawat awam sekiranya hasil pendapatan negara bertambah, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, penjawat awam di negara ini dan di peringkat negeri sudah membuat kerja (dengan baik).
"Bila kantung (pendapatan negara) baik defisit kurang atau perlahan, kita boleh (naikkan gaji). Sekarang saya lihat penjawat awam buat kerja dan kerajaan-kerajaan negeri.
"Jika hasil bertambah mungkin proses ini boleh dipercepatkan. Cuma untuk hari ini saya fikir sukarlah," katanya.
Beliau berkata demikian dalam satu sidang media selepas menyampaikan amanat kepada penjawat awam di negeri itu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), pada Selasa.
Dalam perkembangan lain, Anwar turut menambah Kerajaan Pusat akan bekerjasama dengan kerajaan negeri Sabah bagi menyelesaikan isu pembangunan Wilayah Persekutuan (W.P) Labuan selain katanya kerajaan mengambil pendekatan mengelak berbelanja ke atas projek-projek mega bagi mengelak potensi ketirisan.
Kata Anwar, kerajaan pada ketika ini hanya akan berbelanja berdasarkan kemampuan kewangan negara.
Kenyataan tersebut sebagai respon terhadap cadangan mengenai pembinaan jambatan menghubungkan Sabah dan Labuan.
"Saya mengelak projek-projek besar termasuk MRT percuma, High Speed Rail (HSR), lapangan terbang baharu di Kulim Kedah dan tentu sekali saya diserang.
"Saya realistik bila menyentuh mengenai ekonomi. Kita berbelanja apa yang kita mampu buat masa ini", tambah beliau.
Topic Berkaitan
#penjawat awam
#pendapatan negara
#Anwar Ibrahim
#kenaikan gaji
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan