KUALA LUMPUR : Kenaikan harga bagi bahan pembinaan telah menjadi antara faktor pelancaran projek perumahan terpaksa ditangguhkan pihak pemaju disebabkan bebanan kos yang terpaksa didepani.
Keadaan itu juga menyebabkan pihak pemaju terpaksa bertindak menaikkan harga jualan rumah bagi menampung projek yang sedang dibangunkan.
Menurut Pengarah Penyelidikan Rahim & Co, Suleiman Saheh, tindakan itu sememangnya bukan langkah yang terbaik malah akan menyukarkan lagi proses jualan ekoran harga yang dikenakan di luar kemampuan pembeli.
"Bagaimanapun, perkara ini bergantung kepada keadaan dan lokasi. Ada sesetengah lokasi penduduknya masih mampu, maka pemaju akan meneruskan rancangan pelancaran mereka.
"Namun, bagi projek perumahan mampu milik, pemaju mungkin akan menangguhkannya kerana jika mereka menaikkan harga, dikhuatiri harganya sudah tidak mampu milik dan menyebabkan ramai tidak boleh membelinya," katanya ketika sidang media majlis taklimat liputan pasaran hartanah Malaysia dan tinjauan prospek 2022 oleh Rahim & Co pada Khamis.
Bercakap mengenai prestasi pasaran hartanah bagi tahun 2021, situasi COVID-19 masih menjadi penghalang apabila wujudnya gelombang baru sebaliknya pertumbuhan yang positif dijangka memerlukan sedikit masa.
"Walaupun prestasi enam bulan pertama telah meningkat dengan ketara, prestasi suku ketiga yang menurun menyebabkan pertumbuhan semula terbantut.
"Ini secara keseluruhannya menghasilkan paras transaksi sembilan bulan pertama yang kurang rancak dan di bawah jangkaan. Pemulihan pasaran hartanah ke tahap sebelum COVID-19 akan memerlukan lebih masa.
"Di samping itu, langkah-langkah rangsangan ekonomi oleh kerajaan adalah penting dan memainkan peranan dalam memastikan kestabilan pasaran hartanah," ujarnya.
Bagi memastikan kebangkitan semula industri berkenaan, adalah penting bagi mengharapkan keadaan COVID-19 di negara ini bertambah pulih sekali gus mengelakkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Turut hadir pada sesi taklimat berkenaan, Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Tan Sri Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Eksekutif Harta Tanah Rahim & Co, Siva Shanker.
Hilmi Malik
Thu Jan 27 2022
Situasi COVID-19 yang masih melanda negara masih memberi kesan kepada pasaran hartanah dan ia memakan masa untuk kembali positif, kata Pengarah Penyelidikan Rahim & Co, Suleiman Saheh. - Gambar fail/BERNAMA
Gara-gara hutang RM2,000, wanita Thailand kena culik
Tidak sampai 24 jam, polis menyelesaikan kes penculikan apabila menyelamatkan seorang wanita warga Thailand.
Jangan nafikan kepentingan mempelajari bahasa dan budaya lain - Penganalisis
Masyarakat tidak boleh sama sekali menafikan kepentingan dalam mempelajari sesuatu bahasa dan budaya yang lain.
Malaysia gesa negara D-8 supaya tidak hulur bantuan kepada Israel
Malaysia menggesa negara anggota Kumpulan Lapan Negara Membangun (D-8) supaya tidak memberikan dana atau bantuan kepada Israel.
Reman pegawai jabatan agama dan dua lagi disambung tiga hari
Tempoh reman terhadap tiga lelaki termasuk pendaftar perkahwinan di sebuah jabatan di Perlis yang berakhir hari ini, disambung tiga hari lagi untuk melengkapkan siasatan kes rasuah RM1.18 juta melibatkan urusan pendaftaran perkahwinan pasangan bernikah di Thailand.
AWANI Ringkas: Kes jemur murid tiga jam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sebuah pesawat laut dan bot penumpang bertembung di Kanada
Sebuah pesawat laut yang cuba berlepas bertembung dengan bot penumpang pada Sabtu berhampiran Coal Harbour di Vancouver, Kanada.
Menurut CBC, nahas itu mendorong maklum balas daripada perkhidmatan kecemasan dan pihak berkuasa mengesahkan bahawa kedua-dua pesawat dan bot itu mempunyai penumpang ketika kejadian.
Menurut CBC, nahas itu mendorong maklum balas daripada perkhidmatan kecemasan dan pihak berkuasa mengesahkan bahawa kedua-dua pesawat dan bot itu mempunyai penumpang ketika kejadian.
Sejuta Al-Quran terjemahan diedarkan kepada jemaah
Kepimpinan Kerajaan Arab Saudi komited untuk mempromosikan mesej al-Quran secara global dan memperkukuh nilai toleransi dan kesederhanaan.
Isu bekalan air UMS: Enam telaga tiub siap dibina
Projek pembinaan enam telaga tiub di Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah siap sepenuhnya dan akan berfungsi sebagai alternatif bagi mengatasi isu gangguan bekalan air di universiti itu.
Korea Utara hantar lagi belon sampah ke Korea Selatan
Korea Utara memberi amaran akan bertindak balas dengan menghantar belon berisi kertas dan sampah, 100 kali ganda lebih banyak jika Korea Selatan bertindak balas.
Kelebihan atau kekurangan? Cabaran besar murid bukan Cina
Peningkatan murid bukan Cina di sekolah rendah Cina dipengaruhi beberapa faktor antaranya ibu bapa percaya bahawa belajar bahasa Cina akan memberi lebih banyak peluang; pembelajaran dan pengajaran yang berkualiti tinggi; disiplin dalam kalangan murid; serta nilai ekonomi bahasa Cina yang lebih besar.
Malaysia masuk fasa hidup bersama virus COVID-19 - Dr Dzulkefly
Rakyat kini berada di fasa hidup bersama virus COVID-19 dan dalam peralihan ke arah meneruskan kehidupan seperti biasa, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Labuan terima RM162 juta untuk infrastruktur pendidikan
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) meluluskan peruntukan keseluruhan RM162 juta untuk tujuh projek pembangunan infrastruktur di pulau bebas cukai ini bagi tahun 2024.
WMO berjaya kurangkan kes denggi antara 45 dan 100 peratus - Lukanisman
Operasi Nyamuk Wolbachia (WMO), berjaya mengurangkan jumlah kes denggi antara 45 hingga 100 peratus di 19 lokaliti.
Selangor yakin capai negeri sifar miskin tegar Julai ini - Amirudin
Kerajaan Selangor yakin sasaran menoktahkan kemiskinan tegar di negeri itu pada Julai ini boleh dicapai, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Misteri lonjakan kes batuk kokol di Eropah
Lonjakan kes itu juga dikaitkan dengan penurunan imuniti dalam kalangan penduduk sejak pandemik COVID-19 melanda dunia pada awal 2020.
GPW14 instrumen penting bentuk masa depan ekosistem kesihatan sejagat
Malaysia optimis kerjasama dengan WHO melalui GPW14 akan membentuk masa depan kesihatan global.
‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.
Sumbangan industri pelancongan kepada KDNK global akan lepasi paras prapandemik tahun ini - WEF
Ketibaan pelancong asing dan sumbangan sektor pelancongan kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) global dijangka akan kembali ke paras pra-pandemik tahun ini.
KKM pantau lonjakan kes COVID-19 di Singapura
KKM akan terus memantau keadaan tersebut dan sistem kesihatan ketika ini bersedia untuk menghadapi sebarang lonjakan kes.
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.