awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenaikan kos operasi, pekerja asing antara dibangkitkan PKS Cina - Dr Wee Ka Siong

Bernama
Bernama
16/07/2014
00:29 MYT
Kenaikan kos operasi, pekerja asing antara dibangkitkan PKS Cina - Dr Wee Ka Siong
WEE: Mereka berjanji akan mengurangkan tenaga pekerja asing secara beransur-ansur, jika menerima insentif dari kerajaan
Kenaikan kos operasi dan masalah mendapatkan pekerja asing adalah antara perkara dibangkitkan peserta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Cina dalam pertemuan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong hari ini.
Menurut Dr Wee yang dipertanggungjawabkan terhadap pembangunan masyarakat Cina di negara ini iaitu hal ehwal kampung baru dan PKS, kenaikan kos operasi itu berlaku susulan kenaikan tarif elektrik, petrol, harga gula serta penetapan dasar gaji minimum.
Selain itu Dr Wee berkata wakil-wakil PKS turut memaklumkan keperluan menyediakan kelengkapan merawat air kotor di kawasan industri masing-masing yang melibatkan kos tinggi jika disediakan secara individu.
"Oleh kerana pembangunan rancak di sesetengah kawasan misalnya di Sungai Buloh, jadi mereka diminta menyediakannya. Mereka berharap supaya ia dapat dibuat secara berpusat, bukan mengikut individu," katanya kepada pemberita selepas bertemu 36 wakil PKS Cina di pejabatnya di sini hari ini.
Mengenai keperluan pekerja asing, Wee berkata PKS masih memerlukan khidmat mereka khususnya apabila mahu memenuhi permintaan eksport barangan dan perkhidmatan yang memerlukan tenaga kerja yang ramai.
Bagaimanapun mereka berjanji akan mengurangkan tenaga pekerja asing secara beransur-ansur, jika menerima insentif dari kerajaan, katanya.
Menurutnya isu-isu dikemukakan akan dibawa kepada kementerian atau agensi yang terlibat supaya tidak mengganggu prestasi PKS yang banyak memberi manfaat kepada negara.
Dalam pada itu beliau berharap penerangan mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) kepada PKS Cina dapat dilaksanakan mengikut sektor-sektor tertentu.
Ia berikutan kajian SME Corp Malaysia mendapati, 61 peratus daripada responden PKS Cina tidak memahami secara terperinci berhubung cukai itu, katanya.
Topic Berkaitan
#Cina
#kenaikan kos
#PKS
#Wee Ka Siong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan