Sebanyak 279 kes keganasan rumah tangga yang dicatatkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini melibatkan warga emas berumur 60 tahun ke atas, pertama kalinya kumpulan berkenaan direkodkan sebagai mangsa kes sedemikian sejak 2012.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata jika sebelum ini, keganasan rumah tangga amnya disebabkan cemburu dan tiada persefahaman, namun punca melibatkan kelompok warga emas berkenaan pada masa kini, masih tidak diketahui.
Beliau berkata kementerian memulakan analisa terperinci mengenai kes keganasan rumah tangga melibatkan mangsa kelompok warga emas berkenaan.
"Angka ini baru kita nampak tahun ini, tahun-tahun sebelum ini kita tidak peroleh, berkemungkinan mereka tidak berani tampil ke depan," kata Rohani,yang pada hematnya 'umur 60 tahun itu satu peringkat yang telah matang'.
"Saya risau dan tidak mahu angka ini bertambah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Antarabangsa Menangani Keganasan Terhadap Wanita di sini hari ini.
Rohani berkata statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan sebanyak 3,343 kes keganasan rumah tangga dilaporkan dari awal tahun hingga Ogos 2015, dengan 815 melibatkan mangsa lelaki dan bakinya wanita sebanyak 2,528 kes.
"Pada 2014, sebanyak 4,807 kes keganasan rumah tangga direkodkan dengan 1,262 kes melibatkan keganasan terhadap lelaki dan 3,545 membabitkan wanita," katanya.
Rohani percaya kebanyakan kes keganasan rumah tangga tidak dilaporkan kerana mangsa biasanya hanya membuat laporan polis apabila mereka diugut dan hidup dalam ketakutan.
"Kebanyakan mangsa menghadapi gangguan mental, emosi, masalah fizikal dan kesihatan," katanya.
Bernama
Wed Nov 25 2015
ROHANI: Angka ini baru kita nampak tahun ini, tahun-tahun sebelum ini kita tidak peroleh, berkemungkinan mereka tidak berani tampil ke depan.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mohamed al-Bashir pimpin solat Jumaat pertama selepas kejatuhan Assad
Rakyat Syria berkumpul di Masjid Umayyad, Damaskus untuk menunaikan solat Jumaat pertama selepas kejatuhan kerajaan Bashar al-Assad.
Kes Jahidah: Bekas suami dipenjara 10 tahun
Seorang peniaga dihukum penjara 10 tahun di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini kerana menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya, Jahidah Nordin, 46, sehingga koma, tiga tahun lalu.
Kes Jahidah: 'Penantian keluarga akhirnya berakhir' - Adik
Perjuangan lebih tiga tahun keluarga Jahidah Nordin @Sylvester yang didakwa dipukul suaminya sehingga koma akhirnya menemui titik noktah.
Zahnita Wilson dapat perintah perlindungan interim
Keputusan itu diputuskan oleh Majistret Wahida Zainal Abidin dalam prosiding yang berlangsung hari ini.
Suami Zahnita tiba di Mahkamah Kuantan, berdepan dua tuduhan
Lelaki berusia 46 tahun itu dibawa ke mahkamah dengan kawalan ketat oleh pihak polis kira-kira jam 9.05 pagi.
Keganasan rumah tangga: Padam hantaran di Instagram, Zahnita 'bangkit' berniaga
Bekas pelakon dan model terkenal, Zahnita Wilson yang didakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga mengejutkan pengikutnya apabila memadam semua hantaran terdahulu di laman Instagram miliknya.
'Moga terus kuat' - Zahnita Wilson sebak dapat sokongan daripada warganet
Zahnita kelihatan sebak membaca komen-komen warganet dan rakan selebriti yang memberikan kata-kata semangat kepadanya.
Suami Zahnita Wilson direman kes keganasan rumah tangga
Suspek tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan kira-kira jam 8.30 pagi dan selesai reman setengah jam kemudian.
Zahnita Wilson muat naik wajah lebam, suami sudah ditahan polis
Zahnita Wilson membuat kejutan apabila memuat dua gambar di Instagramnya dengan wajahnya yang lebam dipercayai menjadi mangsa keganasan rumah tangga.
Tikam isteri dan anak, penghantar makanan dipenjara enam tahun, dua sebatan
Seorang penghantar makanan dihukum penjara enam tahun dengan dua sebatan selepas mengaku bersalah menikam isteri dan anak kandungnya.
Salah faham konsep taat antara punca isteri tidak lapor keganasan rumah tangga
Salah faham terhadap konsep taat dikenal pasti antara punca mengapa sebahagian wanita yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak berkuasa.