KUALA LUMPUR: Salah satu daripada 29 lokasi cerapan anak bulan telah mengesahkan kenampakan anak bulan Syawal, sekali gus menyebabkan 1 Syawal diisytiharkan pada 2 Mei 2022.
Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah berkata cuaca yang cerah serta tiada sebarang halangan telah memungkinkan anak bulan Syawal dilihat di negara ini.
"Pada kali ini agak berlainan daripada kebiasaan sebenarnya kerana salah satu lokasi daripada 29 lokasi yang diwartakan untuk mencerap anak bulan telah melaporkan kenampakan anak bulan.
"Jadi dengan kenampakan anak bulan tersebut, maka Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja telah isytiharkan 2 Mei esok adalah 1 Syawal, bererti ia tidak selaras dengan apa yang telah dijangkakan sebenarnya.
"Bagi kami di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga selaku Pengerusi Jawatankuasa Melihat Anak Bulan, kita bergantung kepada laporan daripada pihak-pihak yang mencerap," katanya kepada media di Menara Kuala Lumpur hari ini.
Beliau sebelum itu hadir bagi proses melihat anak bulan Syawal yang turut disertai daripada pakar falak, alim ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
Ditanya berkenaan kekeliruan yang berlaku dalam isu pencerapan anak bulan, Luqman berkata kekeliruan mungkin wujud disebabkan kriteria baharu yang ditetapkan.
BACA: Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri esok
"Keyakinan kepada kriteria baharu yang ditetapkan oleh negara kita oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam (MKI), kita menerima pakai menentukan Rukyah dengan 3 darjah menegak dan 6.4 darjah melengkung.
"Berasas kepada kriteria tersebut, maka dari segi kiraan anak bulan, agak sukar untuk ia dilihat tetapi kemungkinan tetap ada.
"Jadi, apa yang belaku pada hari ini, kemungkinan itu telah menampakkan kepada kita bahawasanya bila langit cerah dan tiada sebarang halangan untuk mencerap, maka anak bulan boleh dilihat walaupun dari segi kriteria ia tidak mungkin.
"Jadi, dengan umur anak bulan 15 jam lebih itu, ia sebenarnya telah memberi satu kemungkinan untuk berlaku kenampakan anak bulan walaupun kriteria tidak menyokong tentang data itu," jelasnya.
Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad hari ini mengumumkan 1 Syawal ditetapkan pada 2 Mei 2022, Isnin.
Harits Asyraf Hasnan
Sun May 01 2022
Datuk Dr. Luqman Abdullah berkata cuaca yang cerah serta tiada sebarang halangan telah memungkinkan anak bulan Syawal dilihat di negara ini. - fotoBERNAMA
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City
Berjaya Corp nafi sertai perbincangan wujudkan resort kasino di Forest City | DagangNews
Gabung 'soft' dan 'hard policy' untuk didik masyarakat tentang pemakanan sihat - Pakar
Kos sara hidup yang tinggi menjadi antara faktor kenapa masyarakat lebih memilih makanan kurang sihat kerana harganya yang lebih murah.
Kru Shenzhou-18 berjaya masuk stesen angkasa Tiangong
Kru Shenzhou-18 China berjaya memasuki stesen angkasa Tiangong selepas kapal angkasa yang dinaiki mereka bercantum dengan kombinasi stesen angkasa secara automatik pada 5.04 pagi Jumaat.
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberi ruang untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan iklan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Indeks harga pengeluar Malaysia naik 1.6 peratus
Indeks Harga Pengeluar Malaysia yang mengukur perubahan harga barangan di peringkat pengeluar, meningkat 1.6 peratus pada Mac 2024.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
Kenapa 1 Syawal pada 2 Mei? Ini penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan
Tahukah anda, umur anak bulan Syawal yang dilihat hari ini berusia lebih 15 jam.
Jakim perjelas isu penularan tarikh Hari Raya Aidilfitri
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya di negara ini.