KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya di negara ini.
Ketua Pengarah Jakim, Datuk Hakimah Mohd Yusoff berkata proses tersebut telah dilaksanakan sejak sekian lama dan menyerahkan tanggungjawab tersebut kepada pihak berautoriti.
Jelasnya, Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak serta astronomi yang telah dipersetujui semua negeri.
"Berkaitan penentuan awal Syawal 1443H atau tarikh Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, aktiviti cerapan rasmi di seluruh negeri di Malaysia akan dilaksanakan di 29 lokasi pada petang Ahad, 29 Ramadan 1443H bersamaan 1 Mei 2022M.
"Aktiviti cerapan anak bulan ini dilakukan oleh Jawatankuasa Melihat Anak Bulan/Rukyah Negeri yang dipengerusikan oleh Sahibus Samahah Mufti Negeri dan ahlinya terdiri daripada pakar falak, alim ulamak, pegawai falak yang berkemahiran serta Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).
"Data rukyah yang digunakan adalah data rasmi untuk Malaysia yang dikeluarkan oleh JUPEM," memetik kenyataan yang dikeluarkannya hari ini.
BACA: Raya tetap Selasa ikut metodologi saintifik
BACA: Pemakluman awal dakwa Aidilfitri jatuh pada 2 Mei tidak benar - Balai Cerapan Al-Khawarizmi
Menurutnya, pengumuman rasmi tarikh Hari Raya Aidilfitri akan dibuat oleh Penyimpan Mohor Besar Raja Raja (PMBRR) selaku pihak berkuasa yang diamanahkan oleh Majlis Raja-Raja pada malam tersebut tertakluk kepada hasil aktiviti cerapan anak bulan di semua lokasi yang telah ditetapkan.
Terdahulu seorang individu bernama A Zaharim A Aziz mendakwa data yang diperoleh daripada Pejabat Almanak Nautika Baginda (UK) menunjukkan ketinggian dan pemanjangan anak bulan baharu pada waktu matahari terbenam bagi Kuala Lumpur adalah masing-masing 5 darjah dan 7 darjah.
“Ini bermakna dengan kaedah Imkanur Rukyah, hilal baharu kelihatan walaupun tidak dapat dilihat kerana cuaca buruk.
“Oleh itu, selepas proses pengesanan selesai, Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hendaklah mengisytiharkan bahawa 2 Mei 2022 (Isnin) adalah 1 Syawal 1443H, sehari lebih awal daripada tarikh yang dinyatakan dalam kalendar rasmi,” menurut kenyataan individu tersebut, seperti yang disiarkan dalam sebuah portal tempatan.
Astro Awani
Wed Apr 27 2022

Malaysia menggunakan kaedah Rukyah dan Hisab dalam menentukan awal bulan hijri termasuk tarikh awal puasa, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha selaras dengan kehendak syarak dan mengikut kaedah ilmu falak serta astronomi. - Bernama

Misteri kubur besar dinosaur di 'Sungai Kematian' akhirnya terungkai
Ribuan fosil dinosaur Pachyrhinosaurus ditemui di kawasan ini, menimbulkan persoalan tentang bagaimana ia mati.
AWANI Pagi: ASEAN KITA: Tourism| Reimagining ASEAN AS one destination
Can ASEAN truly become one seamless travel destination? In this episode of ASEAN KITA, we speak to Dr. Sri Ganesh Michiel of MTF on visa access, tourism taxes, and the role of budget hotels in unlocking regional tourism for all.

Diddy didakwa pecah pintu rumah Cassie Ventura dengan tukul besi
Insiden itu berlaku selepas Combs didakwa menyerang Ventura di lobi Hotel Intercontinental.

Toyota Alphard Ustaz Firdaus Firabib sudah jumpa, dron dan kamera lesap
Toyota Alphard milik Ustaz Firdaus Firabib yang hilang pada Sabtu telah ditemukan di Bukit Merah, Perak.

Lelaki ditahan rosakkan kuil hindu, suspek dakwa dengar 'bisikan'
Seorang lelaki berusia 33 tahun ditahan polis selepas dipercayai memecah masuk dan merosakkan struktur logam yang dikenali sebagai sullam di sebuah kuil Hindu di Taman Sri Ampang, di sini, pagi Isnin.

Berita Biden hidap kanser “sangat sedih”, tetapi kenapa tidak didedahkan lebih awal? - Donald Trump
Presiden AS 'tuduh' doktor yang jalankan pemeriksaan ke atas Biden ketika masih berkhidmat sebagai Presiden gagal mengesan kanser tersebut.

Seorang maut, empat cedera nahas beberapa kenderaan di Lebuh Raya Utara Selatan
Mangsa yang maut dikenal pasti sebagai pemandu treler yang sedang membawa muatan batu kapur dari Simpang Pulai, Ipoh.
Ukraine, Rusia akan mula rundingan gencatan senjata segera - Trump
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, pada Isnin mengumumkan bahawa Rusia dan Ukraine akan memulakan rundingan segera ke arah gencatan senjata dan menamatkan konflik yang telah berlarutan selama tiga tahun.
UK, EU capai perjanjian penting sejak Brexit
Britain dan Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mencapai perjanjian semula paling signifikan sejak Brexit.
Houthi umum sekatan maritim pelabuhan Haifa, Israel
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman umum sekatan maritim ke atas pelabuhan Haifa di Israel pada Isnin.

Jakim perjelas isu penularan tarikh Hari Raya Aidilfitri
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menasihatkan semua pihak supaya menghormati proses penentuan rasmi tarikh hari raya di negara ini.