awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kenapa GISB buat begini kepada kanak-kanak, apa tujuan sebenar?' - Khutbah Jumaat JAIS

Luqman Hariz
Luqman Hariz
27/09/2024
08:49 MYT
'Kenapa GISB buat begini kepada kanak-kanak, apa tujuan sebenar?' - Khutbah Jumaat JAIS
Jabatan itu menempelak tindakan GISB yang bukan saja gagal memelihara kanak-kanak, malah berlaku zalim dengan menyekat akses kepada pendidikan arus perdana dan mengeksploitasi kudrat mereka. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ibu bapa perlu proaktif dan mengambil tanggungjawab dalam mendidik anak-anak serta memelihara mereka daripada sebarang pengaruh buruk.
Demikian kata Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengenai kes Global Ikhwan Services and Business (GISB) Holdings Sdn Bhd, yang dikongsikan menerusi teks khutbah solat Jumaat ke seluruh negeri Selangor, hari ini.
“Ingatlah bahawa anak-anak adalah suatu amanah daripada Allah S.W.T untuk dijaga kemuliaan dan kebajikan mereka.
“Ibu bapa serta penjaga termasuk rumah amal bertanggungjawab untuk mencorak masa depan yang baik untuk anak-anak. Malah bertanggungjawab mewujudkan kehidupan yang baik serta persekitaran yang selamat untuk anak-anak sepanjang masa,” menurut JAIS.
Jabatan itu turut mendukung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, yang menasihati ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak-anak mereka ke sekolah agama atau pusat penjagaan amal supaya menyemak latar belakang institusi tersebut terlebih dahulu.
“Apa yang paling mendukacitakan ialah laporan akhbar ada menyatakan kebanyakan rumah amal di bawah GISBH yang terbabit di dalam siasatan sudah lama beroperasi di beberapa negeri termasuk Selangor.
“Malah rumah amal ini pula tidak didaftarkan mengikut undang-undang yang sedang berkuat kuasa. Kenapa tidak berdaftar?” soal jabatan tersebut.
Kata JAIS, pendaftaran amat penting kerana ia membolehkan pemantauan bagi mengelakkan penyebaran silibus pembelajaran yang meragukan, serta pengabaian dan eksploitasi.
Ia turut menempelak tindakan GISB yang, katanya, bukan sahaja gagal memelihara kanak-kanak dengan baik, malah berlaku zalim terhadap mereka dengan menyekat akses kepada pendidikan arus perdana dan mengeksploitasi kudrat mereka demi kepentingan kumpulan itu.
“Akhirnya sebilangan kanak-kanak tersebut akan menjadi penerus dan pendokong kesesatan akidah dan kepentingan duniawi barisan-barisan kepemimpinan GISB. Dengan kata lain, kanak-kanak dijadikan hamba demi ketuanan para pemimpinnya,” katanya.
Jabatan itu turut mengingatkan orang ramai bahawa tanggungjawab memelihara anak-anak merupakan satu tuntutan penting dalam agama Islam.
“Ia berkaitan secara langsung dengan tujuan memelihara kemaslahatan agama, nyawa, akal, harta dan keturunan mereka. Kefahaman ajaran Islam ini terhadap maqasid syariah dan hak kanak-kanak hendaklah difahami oleh semua pihak termasuk pihak GISBH,” tambahnya.
Topic Berkaitan
#GISB
#JAIS
#Sultan Sharafuddin Idris Shah
#Sultan Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan