awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kenapa Ismail Sabri batal sidang media petang tadi? Ini jawapannya...

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
05/10/2020
14:19 MYT
Kenapa Ismail Sabri batal sidang media petang tadi? Ini jawapannya...
Menurut Ismail Sabri, pembatalan itu terpaksa dilakukan kerana beliau menjalani ujian saringan COVID-19 dan kuarantin kendiri. -Gambar fail
KUALA LUMPUR :Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob malam ini menjelaskan punca pembatalan sidang media yang dijadualkan berlangsung petang tadi.
Melalui perkongsian terbaharu di Facebook, katanya pembatalan itu terpaksa dilakukan bagi membolehkan beliau menjalani ujian saringan COVID-19 dan melakukan proses kuarantin kendiri.
Langkah itu diambil segera selepas beliau menerima maklumat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif COVID-19 pada Isnin.
"Ramai orang persoalkan kenapa tiba-tiba saya membatalkan sidang media saya hari ini. Sebenarnya pagi tadi saya mempengerusikan Mesyuarat Khas Menteri-Menteri untuk membincangkan tindakan seterusnya untuk mengawal penularan COVID-19 seperti memperkenalkan PKPB zon Kota Kinabalu termasuk Penampang dan Putatan.
"Selepas habis mesyuarat, saya dimaklumkan bahawa Menteri Hal Ehwal Agama didapati positif COVID-19. Saya berada di dalam mesyuarat tersebut. Oleh itu saya membuat keputusan segera untuk membuat swab test dan balik ke rumah untuk ‘self-quarantine’," jelasnya.
Sumber Facebook ismailsabri60
Pada masa sama, Ismail Sabri menjelaskan tindakan itu juga bertujuan mengelakkan pengamal media terdedah kepada risiko.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berharap keputusan ujian saringan yang akan dikeluarkan esok adalah negatif.
"Insya-Allah esok keputusan swab test saya itu akan keluar. Doakan agar keputusan swab test nanti negatif," katanya.
Topic Berkaitan
#Menteri Kanan Pertahanan
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#Sidang media
#COVID-19
#PKPB
#kuarantin kendiri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan